Isnin, 19 Mei 2014

Naza N5 - Naked terbaru segmen 250cc


Bulan Mac lalu, saya ada menghasilkan satu entri mengenai penantian sebuah motosikal naked baharu yang bakal memasuki pasaran iaitu Hyosung Exiv 250.

Memang benar jangkaan bahawa jentera itu dibawa payung Naza tetapi diberi penjenamaan semula dan dikenali sebagai Naza N5. Ada dua pilihan warna iaitu hitam dan putih.

Motosikal dengan tanda harga cukup mampu milik ini sudah pastinya memikat pembeli baru yang mahu mendapatkan motosikal berkapasiti 250cc tanpa berbelanja lebih. 

Ada seorang kenalan saya sudah menunggang Naza N5 sebelum ini dan dia mengesahkan motosikal ini memang seronok dilayan dan lebih berprestasi berbanding beberapa jenama naked popular yang ada di kedai-kedai motosikal. Itu kata rakan sayalah.

Enjin DOHC berkapasiti 250cc silinder tunggal dengan kotak gear enam kelajuan sudah memberi isyarat model ini sememangnya ditujukan kepada golongan penunggang yang mahu keseronokan tunggangan.

Untuk meraikan suanana, Naza memberikan harga istimewa untuk 500 pelanggan pertama. Mereka layak memiliki Naza N5 hanya pada harga RM13,988 sebuah. Itu harga atas jalan (OTR). Harga promosi tau.

Kredit gambar: Facebook Amir Abu Bakar

Spesifikasi

Enjin: Silinder tunggal, DOHC dengan sistem sejukan cecair
Sesaran: 249cc
Gerek & lejang: 73mm x 59.6mm
Nisbah mampatan: 12:1
Kuasa maksimum: 21.2 kW (28.4 HP) @ 8500rpm
Tork maksimum: 26.1 Nm (2.56 kgf.m) @ 7000rpm
Sistem penyampaian bahan api: Sistem suntikan terus (injection)
Kotak gear: 6 kelajuan
Panjang: 1937mm
Lebar: 800mm
Tinggi: 1055mm
Tinggi tempat duduk: 780mm
Berat : 149kg
Brek hadapan: Cakera 300mm 
Brek belakang: Cakera 230mm
Tayar hadapan: 110/70 - 17
Tayar belakang: 150/60 - 17
Fork hadapan: Teleskopik USD 37mm
Suspensi belakang: Monoshock boleh laras
Saiz tangki petrol: 11 liter

Tiada ulasan:

Catat Ulasan