Sabtu, 10 Mei 2014

KTN tunggu masa jual RX3?


Di Rusia, namanya Minsk TRX300i. 
Di United Kingdom, ia dipanggil Honley RX3
Di Malaysia..adakah KTN RX3?

Jentera kembara keluaran negara China sedang menanti masa untuk diperkenalkan. Apa yang pasti, model ini adalah edaran KTN. 


Pengeluar asal motosikal ini ialah Zongshen. Jika diperhati tangki minyak motosikal ini, memang ada terpapar lencana Zongshen. Lepas ini, bolehlah tampal logo BMW pada Zongshen.

Mengapa? Sebabnya model ini nampak hampir sama seperti motosikal kembara premium BMW R 1200 GS Adventure. Bijak betul syarikat ini kerana mencipta produk bergaya Jerman dan bersedia menempuh segmen kembara kategori 250cc.



RX3 menggunakan enjin silinder tunggal 249cc dan kotak gear enam kelajuan. Model ini menggunakan sistem suntikan terus bahan api (fuel injection). 


Instrumen meter nampaknya tak digital sepenuhnya. Ada juga meter analog



Bahagian hadapan didatangkan dengan madgad yang sedikit pendek tetapi ada paruh di bahagian atasnya.


Inilah paruhnya.


Ada penghadang udara dipasang di atas lampu utama.


Lampu hadapan ada dua jenis iaitu lampu mentol biasa dan projektor (bahagian bawah).


Close up lampu hadapan


Signal pula jenis LED.


Lampu belakang juga jenis LED. Rekaannya sememangnya cukup lawa.


Sistem monoshock belakang mirip gaya Pro-Link Honda


Ada bar pelindung bahagian sisi.


Bahagian depan dipasang sistem brek cakera angkup omboh kembar


Roda belakang pun ada brek cakera dengan angkup ombor kembar


Ekzos pun disorokkan di sebalik kotak simpanan sebelah kanan.


Sistem kemasukan kunci biasa-biasa sahaja


Lawa juga tangki minyak RX3


Tetap ada bar untuk pembonceng pegang kalau dah mula gabra


Ada tiga unit kotak simpanan barang. Cukup?


Pandangan dari sudut belakang


Pandangan sisi belakang

Pandangan sisi 


Pandangan sisi hadapan


Korang pandang jelah


Boleh pandang muka aku akhirnya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan