Jumaat, 12 Julai 2013

Yamaha XJ6 Diversion - Naik taraf


Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) kini tampil dengan XJ6 Diversion naik taraf edisi 2013.

Motosikal kelas 600cc itu nampak sedikit segar dengan dua pilihan salutan cat baharu iaitu putih dan biru kelabu (Race Blu). Cat sama seperti pada varian naked (XJ6).

Sekadar peringatan, Yamaha XJ6 Diversion diperkenalkan ke pasaran Malaysia dua tahun lalu. Pendek kata, Sungai Buloh mari.

Bagi menjadikan lebih menarik, pelekat grafik ditepek pada badan motosikal.

Enjin masih sama seperti model 2011. Sudah pasti jenis empat silinder sebaris dengan sistem sejukan cecair dan pancitan terus bahan api (direct injection).

Kotak gear tetap sama iaitu enam kelajuan. Kuasa maksimum boleh dijana ialah 57Kw@10,000rpm. Kuasa tork tertinggi ialah 59.7Nm@8,500rpm.

Apa yang baharu? Secara ringkas dua barang - pemegang tempat duduk belakang dan perumah lampu isyarat membelok.

Sentuhan kosmetik itu bukan percuma. Semua adalah kos. Mana ada barang percuam.

Nak dipendekkan cerita, anda perlu bayar RM500 ekstra untuk model ini kalau dibandingkan XJ6 Diversion lama.  

Harga jualan Yamaha XJ6 Diversion 2013 ialah RM39,500 sebuah. Itu tidak termasuk cukai jalan, insurans dan bayaran lain.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan