Jumaat, 12 Julai 2013

Peugeot Georgtown - Kini dibuka.


Berita baik untuk pemilik Peugeot di Pulau Pinang. Nasim Sdn. Bhd. (Nasim) sudah membukan cawangan terbaharunya di Georgetown.

Nasim ialah pengedar rasmi kenderaan Peugeot di Malaysia. Cawangan itu adalah cawangan paling besar di negeri itu. 

Saiz bangunan ialah 3,252 meter persegi. Kos perbelanjaan bagi mendirikan cawangan itu adalah sebanyak RM8.8 juta.

Dengan pembukaan premis itu, Nasim kini sudah ada dua buah fasiliti Peugeot di Pulau Pinang.

Peugeot Georgetown itu sebuah pusat 3S - Jualan, servis dan alat ganti. Ia dimiliki dan dikendalikan oleh Maxim Lifestyle Gallery Sdn. Bhd. 

Siapa yang dapat manfaat? 
Pelanggan di Georgetown, Ayer Itam, Balik Pulau, Batu Feringghi, Batu  Maung, Bayan Lepas, Gelugor, Penang Hill, Tanjong Bungah, Teluk Bahang dan Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang.

Kemudahan disediakan?
Bilik mesyuarat, ruang istirahat serta kemudahan Astro dan WiFi percuma. Ada lapan ruang kerja untuk penyelenggaraan 28 kenderaan sehari.

Alamatnya?
Peugeot Georgetown (Maxim Lifestyle Gallery Sdn. Bhd.)
N0. 168 Jalan Jelutong, 11600 Georgetown, Pulau Pinang.

Satu lagi premis di Pulau Pinang?
Peugeot Butterworth (CS Euro Auto Sdn. Bhd.)
N0. 7290-7294, Jalan Bagan Jermal, Taman Bayu, 12300 Butterworth, Pulau Pinang.

Promosi?
Nasim  juga melancarkan kempen Peugeot Raya Drive Celebration. Ada beberapa model disenaraikan seperti 408,  508, 308 Turbo, 308 Griffe, 3008 (SUV) dan 5008 (MPV). 

Apa anda dapat?
Servis termasuk alat ganti dan kos buruh percuma selama lima tahun.
Kadar faedah 0.88 peratus.
Filem cermin VKOOL Elite.

Peringatan
Promosi bermula 6 Julai hingga 31 Ogos 2013. Semua tertakluk kepada terma dan syarat. Promosi ikut model-model tertentu. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan