Sabtu, 27 Julai 2013

Mesin rumput Honda Mean Mower



Inovasi, menjangkaui sempadan dan ciptaan kejuruteraan luar biasa. Itulah Honda. Jadi apabila Honda United Kingdom bekerja sama dengan pasukan Dynamics (pemenang British Touring Car Championship) untuk mencipta mesin rumput terpantas, ia pasti sesuatu yang istimewa.

Inilah Mean Mower. 


Projek Mean Mower cukup jelas. Ia bertujuan mencipta mesin rumput paling pantas pada masa sama mengekalkan keaslian mesin dan memotong rumput.


Hasilnya, sebuah mesin rumput yang boleh mencecah kelajuan 210 kilometer sejam dan mengambil masa selama 4 saat bagi pecutan 0km hingga 100km.

Kelahiran Mean Mower.

Pasukan Dynamics mengambil sebuah traktor rumput Honda HF2620 dan melakukan kejuruteraan semula dan rekaan casis baharu binaan kustom. 


Casis itu diperbuat daripada material chromoly 4130. Kelebihan logam jenis aluminium itu ialah meningkatkan kekuatan, selamat dan juga membekalkan platform yang ringan.

Enjin digunakan pada traktor rumput itu berkapasiti 1,000cc yang diambil daripada motosikal Honda VTR Firestorm. Sistem suspensi dan roda datangnya daripada sebuah ATV.


Keaslian traktor rumput itu cuba dikekalkan sebanyak mungkin. Dek pemotong digantikan dengan jenis gentian kaca. Tujuannya untuk mengurangkan berat.

Ruangan yang menempatkan beg untuk simpanan rumput dipotong telah digantikan dengan tempat simpanan tangki minyak, sistem sejukan berkapasiti tinggi dan sistem radiator sejukan air kedua.


Traktor rumput itu masih boleh memotong rumput dengan bantuan dua unit motor pada dek pemotong. Bilah pisau digunakan setebal 3 milimeter dan berputar pada kelajuan 4,000rpm. Mesin itu boleh memotong rumput pada kelajuan 24kmj - iaitu dua kali ganda daripada HF2620 original.

Traktor itu dipasang dengan paddle shifter enam kelajuan. Tempat duduk pula melibatkan kerusi sport Cobra binaan kustom. Sistem ekzos digunakan adalah Scorpion. Rak kemudi diambil dari sebuah Morris Minor. Rojak.


Tayar yang digunakan pula adalah jenis kompaun lembut untuk grip lebih baik atas tar. Komponen lain datangnya jentera Honda. Ini termasuk sistem brek. Barang lain dibina secara kustom oleh pasukan Dynamics.



Spesifikasi Mean Mower
Enjin:        VTR 1000F Firestorm
Sesaran:                1,000cc
Kuasa:        109hp
Pecutan 0-100km:         4 saat
Kelajuan maksimum: 210kmj
Tork:         96Nm
Badan:         Traktor rumput Honda HF2620 
Casis:         Tiub Chromoly 4130 (binaan kustom)
Berat:         140 kilogram
Panjang:                 2,400mm
Jarak roda:         1,425mm
Lebar:         1,150mm

Tayar & Roda  
Belakang:         Maxxis/Goldspeed 10 x 10
Depan:         Maxxis/Goldspeed 6 x 10
Brek:           Honda TRX420 ATV
Stering:         Morris Minor
Gear:         Paddle shift
Kapasiti tangki minyak: 15 liter
Sistem ekzos: Scorpion
Tempat duduk: Cobra (binaan kustom)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan