Sabtu, 27 Julai 2013

SHARK Vision – R GT Carbon

SHARK kini tampil dengan model topi keledar baharu iaitu SHARK Vision - R GT Carbon. Edisi topi keledar 2013 ini merupakan unit naik taraf daripada model popular Vision – R. Ia direka khas untuk mereka yang gemar aktiviti kembara. 
SHARK Vision – R GT Carbon menawarkan pandangan panoramik terbaik dalam pasaran. Pandangan anda seperti memakai topi keledar biasa (open-faced helmet). 

Vision – R GT Carbon menawarkan tambahan keluasan pandangan menegak (vertical) sebanyak 25 peratus dan 10 peratus bagi memanjang (horizontal) vision jika dibandingkan dengan visor standard. 

Berat topi keledar itu hanyalah 1,390 gram. Ia ringan kerana diperbuat daripada binaan gentian karbon / Aramid. 

Untuk keselesaan anda, ruang gentian dalaman yang diperbuat daripada buluh boleh ditanggalkan. 
Bagi memastikan topi keledar itu sesuai dengan saiz kepala anda, ia dilengkapi pad pipi yang boleh kembung. Visornya pula kalis calar. 

Jika anda memakai cermin mata, tiada masalah. Cermin mata anda boleh digunakan tanpa sebarang gangguan pada pemakaian topi keledar ini. 

Didatangkan denagn saiz XS hingga XL, Vision – R GT Carbon dijual pada harga bermula serendah £349.99 (RM1,727) hingga £389.99 (RM1,924) di United Kingdom.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan