Rabu, 17 Julai 2013

Ducati Pramilik


Andai kurang bajet tetapi mahu miliki motosikal Ducati, inilah peluang terbaik untuk anda.

Kunjungi sahaja Next Bike Sdn. Bhd. (Ducati Malaysia) di Petaling Jaya, Selangor kerana di situ ada sebuah pusat motosikal pramilik Ducati. Pramilik di sini bermaksud terpakai.

Beberapa model pernah tersenarai untuk dijual seperti Ducati Monster 795, Diavel Carbon sehinggalah 1199 Panigale.

Apa yang pasti motosikal ditawarkan pernah digunakan tujuan promosi dan demonstrasi syarikat. Anda kena semak dengan Ducati Malaysia sama ada model dikehendaki ada stok atau tidak.

Untuk urusan itu, sila telefon Pusat Ducati di talian 03-7953 2888.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan