Sabtu, 3 November 2012

Honda perkenalkan Civic Diesel 1.6 liter



Honda membuka lembaran baharu dalam sejarah automotifnya apabila memperkenalkan enjin diesel 1.6 liter i-DTEC.

Enjin pertama itu bakal dilancarkan dalam pasaran Eropah di bawah program alam sekitar utama Honda iaitu Earth Dreams Technology.

Ia dikatakan menawarkan keseimbangan aspek penggunaan ekonomikal bahan api, kadar pembebasan emisi karbon rendah dan prestasi menyeronokan.


Enjin baharu itu akan dipasang pada model Civic keluaran Britain dan berada di bilik pameran pengedar awal tahun hadapan.

Enjin berkenaan juga akan diadun bersama kenderaan utiliti sukan baharu CR-V SUV pada tahun 2013.

Rangkaian kuasa baharu itu dibangunkan khas untuk pasaran Eropah dan telah diuji di atas pelbagai permukaan jalan.

Enjin diesel Civic akan dihasilkan menerusi kilang berteknologi tinggi Honda di Swindon.


Spesifikasi Civic 1.6 i-DTEC:

  • Bersesaran 1,597cc
  • Membebaskan emisi karbon sebanyak 94 gram setiap kilometer. 
  • Kuasa output sebanyak 120PS @ 4,000rpm. 
  • Kuasa tork maksimum 300Nm @ 2,000rpm.
  • Kotak gear enam kelajuan.
  • Ditawarkan dalam tiga varian.


Harga bermula:

  • £19,400 untuk model SE.
  • £20,595 untuk ES.
  • £23,175 untuk EX. 

Spesifikasi ketiga-tiga model itu sama seperti yang ada pada varian kereta 2.2 liter i-DTEC tetapi dengan penambahan rim aloi 16 inci.


Model 1.6 i-DTEC EX diberi pengenaan komponen tambahan seperti sensor letak kereta pada bahagian hadapan dan belakang, cermin pandang belakang auto malap dan radio digital DAB.

Pelanggan yang membuat tempahan model Civic diesel baharu ini dijangka mendapat kereta masing-masing seawal bulan Januari hadapan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan