Khamis, 1 November 2012

Honda PCX - Tiba di Malaysia



Semalam, Boon Siew Honda melancarkan skuter terbaharunya iaitu PCX untuk pembeli tempatan. Kapasiti enjinnya ialah 150cc dan bukannya 125cc sepertimana yang terdapat di Thailand.

Skuter itu ialah produk keluaran dari kilang Boon Siew Honda yang terletak di Pulau Pinang. Saya difahamkan pengeluarannya sudah bermula sejak dua minggu lalu. 

Sewaktu pembentangan dan sesi soal jawab berhubung PCX, beberapa maklumat dikongsi bersama iaitu:

  • Sasaran jualan selama satu tahun: 3,650 unit.
  • Disasarkan kepada pengguna untuk kegunaan dalam bandar. Sesuai juga untuk aktiviti konvoi atau kembara.
  • Sudah ada dalam pasaran.
Ada dua perkara menarik perhatian saya mengenai skuter ini. Kedua-duanya merupakan teknologi pertama kali diperkenalkan pada skuter Boon Siew Honda.


Pertama, penggunaan teknologi Programmed Fuel Injection (PGM-FI). Secara rasminya, inilah skuter Honda pertama di Malaysia yang menggunakan sistem suntikan bahan api. 

Kelebihannya ada dua iaitu membantu kawalan halaju pembakaran dan proses penyejukan yang lebih efisien.

Keduanya, skuter ini akan mati secara automatik ketika diberhentikan seketika walaupun ketika menunggu lampu isyarat bertukar hijau. Jangan pula anda panik. 

Enjin dimatikan seketika sahaja. Bila lampu isyarat bertukar hijau, pulas sahaja throttle dan enjin akan dihidupkan secara automatik. Tayar akan mula bergolek. Perkara ini terjadi disebabkan ciri Idling Stop.

Idling Stop hanya berfungsi jika suhu enjin melepasi 60 darjah dan jentera tidak bergerak selepas tiga saat. Ini membantu anda menjimatkan petrol. Biasanya teknologi ini ada didatangkan dalam kereta hibrid.

Saya berpeluang menunggang PCX di sekitar kawasan Damansara dalam tempoh singkat disebabkan hujan yang turun agak lebat. Sukar untuk saya mengadili prestasi skuter ini.

Hasil diperoleh dalam tempoh yang amat singkat ialah sistem Idling Stop berfungsi dengan baik. Kesan enjin dihidupkan semula cukup lancar dan tidak kasar. Kawalannya mudah dan kestabilannya cukup baik. Mudah dipecut bila memerah throttle. 

Saya menanti masa untuk mendapatkan PCX bagi sesi tunggang uji yang lebih lama untuk mengenali produk ini dengan lebih baik dan mengetahui kelebihan serta kekurangannya. 

Ada dua varian ditawarkan untuk pembeli tempatan iaitu Standard dan Deluxe. Standard datang dalam dua pilihan warna iaitu Hitam Magelanik dan Kelabu Metalik Berkilau. Harganya ialah RM10,688.

Deluxe yang berwarna Putih Mutiara Metaloid dijual pada harga RM10,888. Kedua-dua harga itu termasuk insurans penunggang tunggal komprehensif (comprehensive single rider). 

Jaminan pula selama 2 tahun atau jarak perbatuan 20,000km (mana-mana yang tiba dahulu).

Koleksi gambar dan video menyusul dibawah:







PCX dibandingkan dengan Honda Future? Sememangnya tidak kena.








































4 ulasan:

  1. Mcm nak sambar jrr sebijik.. tapi top speed tu yg tak best..

    BalasPadam
  2. Dekat highway camana? 150cc tapi berapa top speed

    BalasPadam
  3. Sekarang dok memilih utk beli motor utk berulang subang -kl , dr segi kelebihan pcx ni ruang simpan helmet....best....tapi top speed dia......boleh cecah 140 ka..

    BalasPadam
  4. Masa diuji, skuter ni boleh capai 120 je. Tapi meter dia jenis berat. Macam meter kereta.

    BalasPadam