Isnin, 1 Oktober 2012

Model Honda CRF 2013


Jentera CRF sekali lagi menunjukkan kehebatannya bagi musim 2012. Motosikal Honda ini sudah menggondol beberapa kemenangan berprofail tinggi di serata dunia.
Antara kejayaan dimaksudkan ialah di United Kingdom (UK), pasukan perlumbaan rasmi Honda UK - Buildbase Honda - sudah menggondol dua kejohanan kebangsaan.
Kemenangan pertama ialah Red Bull Pro Nationals MX1 title dengan penunggang Nico’ Aubin bersama model CRF450R.
Kemenangan kedua iaitu Red Bull Elite Youth Cup berjaya diperoleh oleh Josh Gilbert dengan jentera CRF150R.

Jadi, mulai tahun hadapan, akan ada beberapa tambahan baharu dalam rangkaian CRF. Untuk kategori 450cc, penantian untuk model CRF450R 2013 bakal jadi reality. Jentera ini dilengkapi casis mass-centralised (berkait rapat soal berat dan keseimbangan pada bahagian tengah motor dan membantu kawalan lebih baik) dan fork hadapan USD suspensi angin jenama Kayaba. Motosikal ini hanya boleh didapati menerusi tempahan menerusi pengedar di UK sahaja. Harga: £6,790 (angaran RM33,592.55)

Model edisi khas 2013 lain yang bakal ‘dilepaskan’ tidak lama lagi ialah:

Geico Honda CRF250R
Spesifikasi: Kit grafik Geico Honda, pelapik tempat duduk bergaya, fender hadapan ditambah baik, alat holeshot, rim dan hub talon, set dan penutup klac Hinson, sump guard, pencucuhan (ignition) talaan perlumbaan Dave Thorpe (ignition) dan sistem ekzos penuh Yoshimura 

Harga: £8,340 (anggaran RM44,248.44)

Buildbase Honda CRF250R

Spesifikasi: Kit garafik Buildbase Honda, pelapik tempat duduk bergaya, hos Red Samco, alat holeshot, rim dan hub talon, sistem ekzos penuh Akrapovic (keluli tahan karat)
Harga: £7,340 (anggaran RM36,290.87)



Geico Honda CRF150R

Spesifikasi: Kit grafik Geico Honda 
Harga: £3,960 (anggaran RM19,579.58)


Ada lagi dua model yang bakal diperkenalkan, enduro sah digunakan atas jalan - CRF250XRL dan CRF450XRL. Kedua-dua bike ini dipasang tangki petrol aluminium, kit Pro-Racing, tongkat tepi modified.
CRF250XRL : £6,990 (anggaran RM34,535.96)
CRF450XRL : £7,240 (anggaran RM35,767.80)

Sebelum berakhir, model CRF450R 2013 bersama model-model yang disebutkan dalam entri ini akan dipamerkan sewaktu International Dirt Bike Show  di Stoneleigh Park mulai 1-4 November ini.

CRF250XRL

Tiada ulasan:

Catat Ulasan