Jumaat, 5 Oktober 2012

CBR1000RR 2013 – Solekan warna baharu.



Pusingan terakhir Kejohanan Superbike Dunia di Magny-Cours di Perancis (5-7 Oktober ini) bakal menyaksikan penunggang Honda World Superbike Team mengemudi model CBR1000RR Fireblade berwarna baharu.

Solekan cat itu sebenarnya ialah skema warna baharu untuk jentera Fireblade 2013 bagi kegunaan atas jalan raya dan diperkenalkan sewaktu pameran motosikal tahunan Intermot diJerman.

Penunggang jentera Honda World Superbike Team, Jonathan Rea mengambil kesempatan untuk meluahkan pandangannya:

“Saya suka skema warna baharu ini terutamanya ia menggariskan kenyataan bahawa kami berlumba dengan menggunakan motosikal produksi yang anda boleh membelinya daripada pengedar berhampiran. Jentera kami mungkin sedikit sofistikated tetapi ia masih ada ikatan (dengan model produksi lain).”




Tiada ulasan:

Catat Ulasan