Jumaat, 28 September 2012

Honda CR-Z - Paris Motor Show


Model hibrid sporti Honda, CR-Z disuntik fokus penambahbaikkan yang merangkumi gaya dan prestasi. Wajah luaran dan dalamannya menerima sentuhan jurusolek manakala kuasa enjin dan motornya ditingkatkan sehingga 137PS tanpa mengubah keefienan penggunaan petrol atau penambahan emisi karbonnya.

Buat pertama kalinya, bateri jenis Litium Ion dan sistem galak (boost) Plus Sport (S+) didatangkan bersama untuk pemandu memaksimumkan prestasinya. Edisi CR-Z terbaharu itu bakal ditawarkan mulai Januari 2013.

Penggayaan CR-Z membabitkan rekaan bampar hadapan berserta gril baharu. Bampar belakang dengan peresap juga diubah agar lebih aerodinamik. Mengenakan rim aloi 17 inci yang dikelilingi pelindung lingkungan roda (varian GT) menyempurnakan imejnya.

Dua pilihan warna baharu ditawarkan iaitu kuning (Energetic Yellow) dan ungu (Aurora Violet). Ruang dalaman juga diberikan tona warna baharu. Tidak ketinggalan penambahbaikkan pada bahagian pintu dan peningkatan ruang simpanan dalam ruangan kabin.

Enjin petrol 1.5 liter sedia ada ditingkatkan dengan perubahan pada sistem pemboleh ubah pemasaan injap dan Unit Kawalan Enjin (ECU). Sensor anti-gegaran (anti-vibration knock sensor) diadun bersama dan material aci engkol juga ditingkatkan. Hasilnya : kuasa kemuncak output meningkat daripada 114 PS kepada 121 PS.

Sistem motor elektirk juga ditambah baik. Dengan penggenaan bateri jenis Litium Ion (sebelum ini jenis bateri digunakan ialah Nickel-metal hybrid - Ni-MH)  membantu peningkatan kuasa kepada 20PS (15 kW) berbanding 14 PS (10 kW).

Apabila kedua-dua sumber bekalan kuasa disatukan, sistem hibrid IMA (Integrated Motor Assist) berupaya menyalurkan output 137 PS pada 6600rpm (+13 PS) dan 190 Nm tork (+16 Nm). Pecutan 0 kilometer (km) -100 kilometer mengambil masa 9 saat ( sebelum ini 9.7 saat) dan kelajuan maksimum ialah 200 km sejam.

Jika penggunaan petrol dan sumber bateri digunakan bersama, setiap liter petrol membolehkan catatan jarak perjalanan 24.02 km. Kadar emisi karbon pula sebanyak 116  gram setiap km.


Untuk membantu pemandu menikmati sepenuhnya prestasi CR-Z ini, Honda memperkenalkan sistem penggalak (boost) Plus Sport (S+). Jika bateri memiliki kadar cas melebihi 50 peratus, anda boleh mengaktifkan sistem itu dengan menekan butang S+ yang ada pada stereng kereta.

Apabila pedal minyak dipijak, penggalak elektrik akan bermula.  Ia meningkatkan pecutan sehingga 10 saat. Tolok di atas papan pemuka akan berkelip apabila sistem itu diaktifkan. S+ boleh digunakan dalam mode pemanduan ECON, Normal atau Sport .

Spesifikasi Teknikal

Enjin : 1.5 SOHC i-VTEC, empat injap setiap silinder
Gerek x Lejang: 73 x 89.4
Kapasiti : 1,497cc
Nisbah mampatan : 10.4 (angka daripada Honda)

Kuasa maksimum (enjin): 121PS pada 6,600rpm
Tork maksimum (enjin) : 146Nm pada 4800rpm

Kuasa maksimum (motor elektrik) : 20PS pada 2,000rpm
Tork maksimum (motor elektrik) : 78Nm pada 1,000rpm

Kuasa maksimum (kombinasi) : 137PS pada 6,600rpm
Tork maksimum (kombinasi) : 190Nm pada 1,000-2,000rpm

Sistem bahan api : Suntikan elektronik PGM-FI Honda
Kadaran bahan api: Tanpa plumbum, RON95

Kelajuan maksimum : 200km sejam
Pecutan 0km-100km : 9.1 saat (varian Sport) dan 9.5 saat (varian GT)

Saiz tayar : 195/55R16 (Sport) dan  205/45R17 (GT)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan