Khamis, 25 Oktober 2012

Givi - Kotak simpanan dan topi keledar baharu


 
Anda sedang mencari kotak simpanan untuk dipasang pada motosikal? Jika ya, mungkin produk terbaharu keluaran Givi menepati selera anda.

Produk terbaharu yang dimaksudkan ialah The B27 Clack Box. Kotak simpanan ini memiliki perincian rekaan urban dan kekemasan untuk menyempurnakan faktor aerodinamik. Dihasilkan daripada material jenis  polipropilena, kotak ini dikatakan lebih kukuh.

Kotak B27 Clack sudah dipasang dengan sistem kekunci satu klik untuk membuka atau menutup. Biasanya mekanisme kekunci ini terdapat pada rangkaian produk premium Givi Itali. 

Kotak sebesar 27 liter ini boleh memuatkan sebuah helmet full face. Berat tampungan maksimum ialah 3 kilogram.

"Sistem kunci Monolock senang digunakan, boleh dipercayai dan tahan lama. Sama seperti ciri produk Givi yang lain. 

"Sebagai pakar dalam penghasilan pelbagai jenis kotak simpanan termasuk kotak bahagian atas dan tepi, Givi memastikan barangannya kukuh, selamat, aerodinamik dan sesuai untuk semua jenis motosikal dalam dunia," kata Pengarah Urusan Givi Asia, On Hai Swee.

Selain kotak simpanan baharu, Givi Asia juga memperkenalkan topi keledar full face yang pasti mengejutkan anda. Topi keledar edisi terhad itu ialah M50.0 Malaysia Boleh Helmet. Hanya 1,000 unit sahaja dihasilkan. 

Topi keledar berwarna putih itu dengan pelekat warna bendera Malaysia dihasilkan daripada material  techno polymer. Perkataan Malaysia Boleh juga dilekatkan padanya. Seperti biasa, kualiti produk tiada kompromi.

Untuk keselesaan pemakaian, dua lubang aliran udara dipasang pada bahagian hadapan agar udara dapt disalurkan ke dalam kawasan helmet. Pelapik dalaman pula jenis anti-alahan yang boleh ditanggalkan untuk dicuci. 

Penutup berlohong pada bahagian hadapan dipasang untuk elakkan berlaku kabus atau wap ketika bernafas. Visor yang diperpuat daripada material anti-calar boleh ditanggalkan. 

B27 Clack Box dijual pada harga RM135  
M50.0 Solid White Malaysia Boleh pula sebanyak RM280 




 
 
 






Topi Keledar M50.0 Solid White Malaysia Boleh
















Givi Fashion Show:


















Tiada ulasan:

Catat Ulasan