Jumaat, 26 Oktober 2012

Vespa - Diskaun untuk pelanggan RHB



BERITA baik khas untuk pelanggan RHB Bank Bhd. (RHB). Anda kini layak mendapat diskaun sebanyak RM1,000 jika membuat pembelian mana-mana model Vespa edaran Naza Premira Sdn. Bhd. (Naza Premira).

Naza Premira adalah syarikat rasmi yang mengedarkan produk di bawah jenama Vespa dan merupakan anak syarikat kepada Kumpulan Naza.

Tawaran eksklusif itu dimaklumkan Pengarah Hal Ehwal Korporat Kumpulan Naza, Zakaria Ismail pada majlis pelancaran kempen RHB Now Italia Mania di Kuala Lumpur.

Zakaria (kanan) dan Johari. 
Pelanggan RHB hanya perlu mengemukakan bukti keahlian seperti kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) atau kad kredit sebelum melayakkan diri menikmati diskaun tersebut.

Naza Premira ketika ini menjual tiga jenis produk Vespa iaitu LX150, GTV 250 dan GTS 300 Super. Kempen Italia Mania bermula 16 Oktober hingga 31 Disember ini.

Turut hadir pada majlis pelancaran Italia Mania ialah Naib Presiden Naza Two Wheel Division, Nik Danial Nik Mahmood dan Pengarah Urusan RHB Banking Group, Johari Abdul Muid.

Berhubung RHB Now Italia Mania, Johari menyatakan kempen itu menawarkan hadiah utama berupa sebuah Vespa GTS 300 bernilai kira-kira RM35,000 untuk dimenangi, pakej pelancongan ke Itali untuk dua orang dan wang tunai RM100 seorang.

Jika ingin menyertai, pelanggan RHB hanya perlu membuat melakukan transaksi kewangan perbankan secara online. Sama ada melalui peranti mudah alih atau internet. Kadar minimum diperlukan adalah sebanyak RM30.

Selesai sudah, pelanggan dikehendaki mencipta pizza paling mahal menerusi permainan dalam talian Italia Mania. Pemenang ditentukan berdasarkan markah terkumpul tertinggi. Mahukan maklumat lanjut?
Klik disini.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan