Khamis, 25 Oktober 2012

Ducati buka anak syarikat di Brazil


Kiri: Gabriele dan Ricardo
Ducati telah menamatkan hubungan perniagaan dengan pengimport motosikalnya di Brazil iaitu Izzo Group. Syarikat pengeluar motosikal jenama Itali itu kemudiannya menubuhkan sebuah syarikat subsidiari tersendiri di situ.

Nama syarikat baharu itu ialah Ducati do Brasil Indústria e Comércio de Motocicletas Ltda. Bagi memudahkan pemahaman, saya menterjemahkan nama syarikat itu dalam Bahasa Inggeris, inilah dia: Ducati Brazil's Industry and Trade Motorcycles Ltd.

Memandangkan ia sebuah syarikat subsidiari Ducati Motor Holding S.p.A (Ducati Motor Holding) maka aktivit pengedaran motosikal Ducati dan barangan jenama Ducati adalah hak mutlaknya.

Bermula Oktober 2012, syarikat Ducati do Brasil Indústria e Comércio de Motocicletas Ltda. bertanggungjawab terhadap pengedaran dan servis Ducati di seluruh negara Brazil.

Ducati Motor Holding yang memiliki kuasa penuh terhadap anak syarikatnya itu sudah melantik Ricardo Susini sebagai Pengarah Urusan dan Marco Truzzi sebagai Pengurus Perkhidmatan dan Selepas Jualan.

Ducati Motor Holding juga mengesahkan kerjasama bersama DAFRA da Amazônia Indústria e Comércio de Motocicletas Ltda. bagi aktiviti pemasangan tempatan (CKD) motosikal Ducati di Brazil.

DAFRA da Amazônia Indústria e Comércio de Motocicletas Ltda. (dalam Bahasa Inggeris: Dafra Amazon Industry and Trade Motorcycles Ltd.)



Pengeluaran menerusi di kilang Manaus akan bermula dalam tempoh beberapa minggu lagi. Nampak sedikit agresif bukan? Inilah jawapan diberikan Ketua Pegawai Eksekutif Ducati Motor Holding:

“Pasaran motosikal di Brazil adalah antara paling menarik. Ia merupakan pasaran motosikal ketiga terbesar di dunia,” kata Gabriele Del Torchio.

Beliau menambah: “Ducati memiliki imej yang amat kuat di negara ini dan kami mempunyai sokongan padu daripada para peminat Ducati dan penggemar motosikal. Pembukaan anak syarikat dan aktiviti CKD di kilang Manaus membuktikan fokus kami dalam pasaran Brazil.

“Kami mahu menawarkan jualan dan perkhidmatan selepas jualan yang terbaik kepada pelanggan sekali gus mengesahkan kepentingan strategi oleh Ducati dalam pasaran ini.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan