Khamis, 25 Oktober 2012

International Dirt Bike Show - Honda



Stoneleigh Park di England bakal menjadi tuan rumah kepada International Dirt Bike Show bermula 1 hingga 4 November ini. Antara syarikat yang tampil memperagakan jentera keluaran syarikat sudah pastinya Honda. 

Difahamkan model CRF akan disajikan untuk tatapan para pengunjung. Rangkaian produk off-road CRF sudah terbukti kemampuannya apabila memenangi beberapa perlumbaan berprofail tinggi di serata dunia.

Bagi tahun 2013, sudah ada beberapa tambahan motosikal diumumkan. Anda boleh merujuk entri sebelum ini iaitu Model Honda CRF 2013.

Model yang menanti pengunjung ialah CRF450R tahun 2013, model prototaip edisi khas Geico Honda CRF250R, Buildbase Honda CRF250R dan Geico Honda CRF150RB.

Tambahan lain ialah enduro sah atas jalan raya seperti CRF250XRL dan CRF450XRL bersama model popular CRF250L.

Ada juga penampilan khas jentera Nico Aubin iaitu Buildbase Honda CRF450R. Itulah jentera yang membantu beliau menggondol gelaran 2012 Red Bull Pro Nationals MX1.

Nico’ Aubin juga akan hadir di lokasi sama pada 3 November. Rakan seperjuangannya iaitu Steve Ramon pula akan berada di situ pada 1 November ini.
Bagi peminat filem terbaharu James Bond, Skyfall, kedua-dua model akan dipamerkan di situ.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan