Rabu, 26 September 2012

Safety Car F1 ditingkatkan prestasi pemanduan.


Kereta keluaran Mercedes-benz itu telah melalui penalaan yang meliputi beberapa aspek pada jentera sehinggah ia boleh menghamburkan 591 kuasa kuda.
Penambahbaikan lain membabitkan mengoptimumkan masa penganjak gear dan sistem suspensi baru iaitu AMG RIDE CONTROL Performance.
Jentera GT Gullwing itu melalui transformasi itu bagi memadankan peranannya dalam kelas elit dunia sukan bermotor. Peranan yang didokong oleh Safety Car adalah untuk memastikan keselamatan maksimum dalam keadaan ekstrem di litar F1.
Keluar masuk Safety Car dalam litar F1 ditentukan oleh pegawai perlumbaan. Lazimnya, kelibat jentera berwarna kelabu itu kelihatan dalam kawasan litar ketika cuaca buruk atau berlakunya kemalangan atau pelanggaran antara para pelumba.
Pemandu Safety Car, Bernd Mayländer, 44 tahun, berkata: Merrcedes-Benz SLS AMG GT baharu ini adalah Safety Car terbaik pernah dipandu sehingga hari ini. Saya memandu kereta keselamatan rasmi F1 sejak tahun 2000 dan didapati setiap model ada penambahbaikkan dilakukan.
Mayländer
Sepanjang perjalanan musim Kejohanan F1 2012, Safety Car sudah sebanyak enam kali di litar. Catatan jarak perjalanan kereta keselamatan itu dalam litar ialah 138.1 kilometer(km).

Safety car terpaksa memusing sebanyak lapan lap (44.3km) di litar Sepang ekoran cuaca buruk (sebelum dan sewaktu perlumbaan diadakan).
Rekod paling lama setakat ini dicatatkan ialah pada tahun 2010 yang mana Safety Car mencatat pusingan di litar sebanyak 21 kali dengan jumlah jarak perjalanan 452.3 km.

Spesifikasi Safety Car Mercedes-Benz SLS AMG GT
  • Berat badan: 1,620 kg
  • Enjin: AMG 6.3 liter V8
  • Nisbah pengagih berat: 47:53 (hadapan/belakang)
  • Kuasa output maksimum: 591 hp
  • Tork maksimum: 650Nm
  • Transmisi: Tujuh kelajuan sport AMG SPEEDSHIFT DCT
  • Suspensi: AMG RIDE CONTROL Performance
  • 0km-100km: 3.7 saat
Sumber: Newspress
Kredit gambar: Newspress 







Tiada ulasan:

Catat Ulasan