Rabu, 26 September 2012

Kia Carens - Paris Motor Show 2012

Kia bakal menampilkan kenderaan pelbagai guna (MPV) kompak generasi ketiganya iaitu Carens di Paris Motor Show esok (27 September). Produk tersebut dijangka ditawarkan dalam pasaran Eropah menjelang musim bunga 2013.

MPV itu dikatakan mengalami transformasi keseluruhan dan dibangunkan bagi memenuhi keperluan keluarga moden.

Dibina atas platform baharu, model itu menyajikan gaya, ruang keselesaan yang praktikal, aerodinamik dengan rekaan cab-forward, jarak roda panjang dan garis bumbung yang rendah. Tempat duduknya ada tujuh.

“Carens baharu ini mesra keluarga, lebih atletik, serba boleh dan kefungsian berbanding model-model sebelumnya,” kata Naib Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kia Motor Corporation, Hyoung-Keun Lee.

“Ini menandakan peralihan ke hadapan untuk MPV kami sekali gus meletakkannya sebaris dengan hala tuju rekaan semasa model-model Kia,” tambahnya.

Disasarkan kepada keluarga dengan gaya hidup aktif, Kia menjangkakan model generasi ketiga itu mampu menarik minat kumpulan konsumer baharu mengunjungi bilik pameran Kia di seluruh dunia.

Sumber: Wordpress
Kredit gambar: Wordpress

1 ulasan:

  1. It's not my first time to visit this site, i am browsing this site dailly and take good facts from here everyday.
    My page :: maroc

    BalasPadam