Jumaat, 28 September 2012

Ducati Multistrada 2013


Ducati memperagakan rangkaian Multistrada 2013 yang kini dilengkapi ciri tambahan baharu iaitu enjin generasi kedua Testastretta 11, sistem ABS terkini dan sistem suspensi inovatif semi-aktif Ducati Skyhook Suspension (DSS) (untuk varian S sahaja).

Penambahbaikkan barisan produk terbaharu itu menandakan anjakan kedua perjalanan Ducati Multistrada yang bercirikan teknologi tinggi.

Multistrada 1200
-        Dilengkapidengan teknologi mode tunggangan berasaskan Ride-by-Wire (R-b-W).
-        Ducati Traction Control (DTC) dan sistem ABS terkini.

Multistrada 1200 S Touring
-        Ddidatangkan bersama DSS, R-b-W, DTC dan sistem ABS.
-        Tambahan lain ialah ruangan bagasi pada bahagian tepi, pemanas grip dan tongkat kembar.

Multistrada 1200 S Granturismo
-        Penambahbaikkannya meliputi kapasiti ruang simpanan bahagian tepi yang lebih besar, ruang simpanan bahagian tengah (top case).
-        Tambahan pencahayaan LED,  penghadang angin dan tayar untuk tunggangan jarak jauh.

Multistrada 1200 S Pikes Peak
-        Replika perlumbaan gunung 2012.

Empat mode tunggangan elektronik iaitu Sport, Touring, Urban dan Enduro boleh ditetapkan mengikut selesa masing-masing. Untuk menikmati pengalaman tunggangan berbeza, anda boleh melakukannya dengan hanya menekan butang.

Konsep 'empat motosikal dalam satu' mengubah tetapan penyampaian kuasa dan tork.Selain itu, penukaran tetapan suspensi (termasuk DSS), kawalan cengkaman dan ABS membolehkan Multistrada 1200 menepati keperluan para penunggang mengikut persekitaran dengan lebih tepat.

Multistrada 1200 Granturismo
Tahap tetapan DTC ada lapan manakala sistem ABS baharu boleh diubah sebanyak tiga peringkat menggariskan fokus prestasi keselamatan Ducati.

Tunggang uji media antarabangsa untuk Ducati Multistrada 1200 berlangsung mulai 20-27 September di Bilbao, Sepanyol.

Pameran pertama Multistrada 2013 kepada masyarakat umum pula dijadualkan mengambil tempat di Pameran Motosikal INTERMOT di Cologne, Jerman selama lima hari mulai 3 Oktober.

Rangkaian motosikal Multistrada 1200 baharu boleh didapati menerusi rangkaian pengedar sah Ducati mulai Januari 2013.

Multistrada 1200 S Touring dan Multistrada 1200
Multistrada 1200 S Pikes Peak


Tiada ulasan:

Catat Ulasan