Jumaat, 23 Mac 2012

Falken Azenis PT722 untuk prestasi

PENGEDAR tayar jenama Falken, Stamford Tyres baru-baru ini memperkenalkan produk terbaharunya untuk kenderaan premium berprestasi. Dikenali sebagai Azenis PT722 A/S, produk yang dikeluarkan daripada kilang di Thailand bukan sahaja menawarkan jarak pemanduan yang lebih jauh, malah sesuai untuk semua jenis musim, antiakuasatah (anti-hidroplaning) dan memberikan kestabilan sewaktu di atas permukaan jalan raya yang basah. 


Corak bunga tidak simetri pula menawarkan keselesaan ketika memandu. Selain itu, penunjuk kehausan bunga tayar pula memainkan peranan mengingatkan pemilik kenderaan berhubung kesesuaian masa untuk penukaran tayar. Ia juga membantu memaksimumkan prestasi penggunaan tayar bagi meningkatkan jangka hayat tayar dan jarak perbatuan yang lebih jauh. 


Tayar yang disasarkan kepada pemilik kenderaan mewah seperti Mercedes-Benz, BMW, Lexus dan Infiniti itu didatangkan menerusi 44 saiz pilihan iaitu dalam siri 30 sehingga siri 60. Diameter tayar bermula sekecil 16 inci sehingga 20 inci.Antara kelebihan Azenis PT722 A/S ialah ia mengandungi tali pinggang keluli lebih lebar berbanding kord biasa untuk prestasi, alur lateral lebih panjang untuk mengurangkan akuasatah dan corak bunga lebih dalam.


Sumber: Kosmo!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan