Isnin, 5 Disember 2011

Yamaha 135 LC versi GP


Hanya 2,000 unit motosikal edisi khas ini ditawarkan oleh Hong Leong  Yamaha  kepada orang ramai.SEMPENA sambutan ulang tahun ke-50 pembabitan  Yamaha  dalam MotoGP dunia, Hong Leong  Yamaha  Motor Sdn. Bhd. (Hong Leong  Yamaha ) memperkenalkan model 135 LC GP Edition.

Jentera itu membabitkan varian lima kelajuan klac tangan tahun 2011 dan hanya 2,000 unit versi GP ditawarkan.Difahamkan semua unit edisi terhad itu sudah habis diedarkan kepada para pengedar. Sekiranya anda mahu memiliki jentera tersebut, dapatkannya daripada pengedar-pengedar Hong Leong Yamaha yang masih memilikinya.

Model itu menggunakan tema warna unik iaitu biru, hitam dan putih. Penampilannya menyerlah menerusi pelekat-pelekat khas pada badannya. Yamaha 135 LC dipasang enjin empat lejang dengan sistem penyejukan cecair. Ia berupaya menjana kuasa maksimum 9.2kW @ 8,500rpm dan tork maksimum sebanyak 12Nm @ 6,000 rpm.

Nisbah mampatan ialah 10:9:1. Dua cara menghidupkan model itu sama ada menerusi penghidup tendang atau menekan butang penghidup.Motosikal King of Moped tersebut dilengkapi dua set brek cakera pada roda hadapan dan belakangnya. Brek hadapan dilengkapi angkup dua omboh, manakala cakera belakang dihentikan dengan khidmat satu omboh.

Rim 17 inci melibatkan penggunaan tayar saiz 70/90 (hadapan) dan 100/70 untuk rda belakang.Suspensi hadapan membabitkan jenis teleskopik dan monocross pada belakang. Komponen lain yang sedia ada seperti 135 LC model 2011 ialah set lampu hadapan dan belakang, speedometer bulat serta penutup pada bahagian kuncinya.

Harga bersih model edisi terhad ini ialah RM6,868 seunit (tidak termasuk cukai jalan dan insurans). Jaminan yang diberikan ialah selama satu tahun atau jarak perbatuan 10,000 kilometer (km).

Sumber: Kosmo!













2 ulasan:

  1. dengar kate takde cut off

    BalasPadam
  2. Sebenarnya ada cut off. First model LC pun ada cut off. Ni yang dimaklumkan oleh Hong Leong sewaktu satu temubual baru-baru ini.

    BalasPadam