Isnin, 19 Disember 2011

Suzuki Smash V115 SD dan Smash V115 SCD baharu


SUZUKI Assemblers Malaysia Sdn. Bhd. (Suzuki Assemblers) baru-baru ini melaksanakan pembaharuan pada model Suzuki Smash V115 SD dan Smash V115 SCD. Motosikal underbone itu kini memiliki rupa paras baharu, lebih bergaya, segar dan sporty.

Wajah baharu tersebut diinspirasi daripada motosikal berkuasa tinggi Suzuki iaitu siri GSX-R.Siri baharu Suzuki Smash V115 SD dan Smash V115 SCD dicipta dengan menggabungkan prestasi kuasa, pada masa sama mengekalkan sifat ekonomikalnya menerusi penjimatan minyak.

Ia juga sebuah motosikal mesra alam. Sebenarnya, perbezaan model Smash V115 SD dan Smash V115 SCD terletak pada jenis rim yang digunakan. Varian V115 SD menggunakan rim jenis spoke, manakala V115 SCD ialah jenis sport rim.

Suzuki Smash itu berupaya menjana kelajuan maksimum dalam kelas bersesaran 115cc. Jika dibandingkan dengan model sebelumnya, enjin empat lejang dengan sejukan udara kali ini dibina pada tahap optima untuk pembakaran efisien.

Ia menawarkan tunggangan prestasi sepanjang jalur kuasa, bermula daripada rpm rendah sehingga rpm tinggi.Rekaan kerangka yang kompak jenis under-bone memberikan daya tahan secara keseluruhannya dan padan dengan prestasi enjin.

Selain menyumbang kepada kawalan yang sempurna. Bekas juara Cub Prix Malaysia dan ARRC, Wazi Abdul Hamid diberi peluang menunggang uji model baharu Smash V115, katanya: "Memang laju, steady dan power bro."

Suzuki Smash V115 SD dan Smash V115 SCD ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu biru putih, merah hitam dan kelabu hitam.

Bagi mereka yang membuat pembelian dan pendaftaran untuk mana-mana varian Suzuki Smash V115 dalam tempoh di antara 15 November hingga 15 Februari 2012, mereka layak menerima sebuah topi keledar dan jaket eksklusif secara percuma.

Tunggang uji Suzuki Smash V115 SC dan Smash V115 SCD boleh dibuat menerusi mana-mana pengedar Suzuki. Maklumat lanjut, sila hubungi Suzuki Assemblers Malaysia di talian 04-397 7453.

Sumber: Kosmo!









Tiada ulasan:

Catat Ulasan