Isnin, 19 Disember 2011

Vivahill buka pusat 3S Honda di Pulau Pinang


PENGEDAR kenderaan Honda di Pulau Pinang, Vivahill Auto Sdn. Bhd. ( Vivahill  Auto) baru-baru ini menyatukan dua operasi berasingannya iaitu bilik pameran dan servis di bawah satu bumbung.

Ia berikutan pembukaan pusat 3S (jualan, servis dan alat ganti) baharunya. Sebelum ini, bilik pameran dan pusat servis syarikat tersebut masing-masing terletak di Sungai Nibong dan Bayan Lepas.

Pengarah Urusan Vivahill Auto, Tan Yean Ping berkata, pembukaannya sejajar dengan komitmen syarikat untuk terus menawarkan kualiti perkhidmatan terbaik demi memenuhi keperluan pelanggan di Pulau Pinang.

"Sejak ditubuhkan pada tahun 1997, syarikat sentiasa melakukan pembaharuan untuk memenuhi keperluan pelanggan. Terbaru ialah pembukaan premis pusat 3S seluas 2,647.7 meter persegi yang membabitkan jumlah pelaburan sebanyak RM15 juta," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Dalam perkembangan sama, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Yoichiro Ueno mengesahkan penerimaan Honda di Pulau Mutiara itu amat positif dengan peningkatan lebih daripada 12 kali ganda berbanding tahun sebelumnya.

Tahun lalu menyaksikan jualan kenderaan Honda di Pulau Pinang meningkat sebanyak 14 peratus atau 4,121 unit berbanding 3,534 unit pada tahun 2009.Ueno menyatakan model pemasangan tempatan paling laris di Pulau Pinang ialah Honda City. Sementara model import sepenuhnya terlaris ialah Honda Insight.

"Sejak Januari sehingga Oktober tahun ini, sebanyak 458 unit Insight telah dijual di Pulau Pinang. Ia mewakili 11 peratus keseluruhan jualan Honda Insight," jelasnya.

Sumber: Kosmo!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan