Ahad, 20 November 2011

Promosi Cruze dan Captiva

NAZA Quest Sdn. Bhd. (Naza Quest), pengedar sah jenama kenderaan Chevrolet di Malaysia mengumumkan pelanjutan promosi bagi model Cruze dan Captiva sempena sambutan Chevrolet Centennial bermula Oktober hingga Disember ini.

Chevrolet ditubuhkan di Detroit, Amerika Syarikat (AS) pada November 1911 oleh seorang pelumba, Louis Chevrolet dan pengasas General Motors iaitu Willian C. "Billy" Durant. Sehingga kini, syarikat automobil itu sudah merekodkan jualan tahunan sebanyak 4.25 juta unit kenderaan di lebih 140 negara.

Di Malaysia, model sedan Cruze dan SUV Captiva lebih diterima umum. Chevrolet juga memiliki barisan produk lain termasuk dua jentera berprestasi iaitu Camaro dan Corvette, selain trak pikap Colorado.

Kini, Chevrolet Cruze boleh didapati dengan pilihan warna dalaman Jet Black dengan jahitan Titanium. Model ini dilengkapi enjin petrol empat silinder 16 valve DOHC 1.8L ECOTEC dengan padanan transmisi automatik enam kelajuan. Dalam tempoh promosi, pembeli baharu akan menerima sistem navigasi DVD dengan sambungan Bluetooth secara percuma.

Bagi model Captiva yang dipasang enjin petrol 2.4L ECOTEC pula, pelanggan akan diberi jaminan selama tiga tahun atau jarak perbatuan 100,000 kilometer (mana-mana yang tiba dahulu), selain penyelenggaraan dan alat ganti percuma selama tiga tahun atau jarak perbatuan 60,000 km.

Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.chevrolet.com.my atau hubungi Chevy Assists di talian 1800 24389.


Sumber: Kosmo!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan