Jumaat, 13 Jun 2014

Replika Suzuki GSX-R600 Tyco Suzuki sempena kejayaan di North West 200 dan Isle of Man TT 2014


Selepas dua pelumbanya berjaya menempatkan diri atas podium perlumbaan North West 200 dan Isle of Man TT 2014, Suzuki mengumumkan pengenalan model replika edisi terhad GSX-R600 Tyco Suzuki di Britain.

Motosikal Suzuki GSX-R600 itu didatangkan bersama skema warna Tyco Suzuki, perendam bunyi Yoshimura R11, skrin paparan perlumbaan kembar tulen Suzuki, tongkat paddock Suzuki dan penutup pelana belakang.

Model itu menggunakan casis ringan dengan jarak roda kompak serta sistem suspensi yang ditala untuk perlumbaan.

Omboh yang digunakan dalam enjin adalah jenis ringan manakala keluk pembukaan ijap pula memperlihatkan respons agresif. Ia ditala untuk menghamburkan kuasa pada julat pusingan enjin rendah - sederhana.



Nisbah kotak gear juga ditala untuk membolehkan ledakan tork tinggi sewaktu memulakan perlumbaan, pecutan lebih responsif dan gaya tarikan lebih pantas ketika keluar dari kawasan selekoh. Ini semua teknologi MotoGP.



Angkup brek radial monoblok Brembo digunakan untuk kuasa membrek lebih konsisten dan membolehkan penunggang menikmati ketegaran tunggangan.

Fork yang digunakan pula ialah Showa Big Piston Forks (BPF). Ia menawarkan kadar redaman dan mampatan lebih baik ketika membrek kuat.



Sistem klac yang digunakan ialah Slipper Clutch. Sistem itu meningkatkan kadar cengkaman tayar belakang dan kestabilan apabila melayan selekoh.

Sistem klac itu akan mengurangkan tekanan pada klac jika anda melepaskan pendikit secara mengejut atau nyahpecutan.


Ada dua jenis mod pemetaan enjin dan ini membenarkan anda memilih kuasa yang dimahukan sewaktu kegunaan atas jalan raya biasa atau berlumba di litar.

Lebih menarik lagi, komponen perehat kaki juga boleh diselaras tiga peringkat untuk membolehkan anda mendapatkan keselesaan, kawalan dan mengurangkan kelesuan apabila menunggang.



Motosikal replika Suzuki GSX-R600 Tyco Suzuki akan memasuki pasaran Eropah pada pertengahan Julai ini.


Spesifikasi:

Enjin: 4 silinder DOHC dengan sistem sejukan cecair
Kapasiti: 599cc
Gerek x lejang: 67mm x 42.5mm
Nisbah mampatan: 12.9:1
Penyampaian bahan api: Sistem pancitan terus
Transmisi: 6 kelajuan
Kuasa maksimum 124hp @ 13,500rpm
Tork maksimum: 69.6Nm @ 11,500rpm
Panjang: 2030mm 
Lebar: 710mm 
Tinggi: 1135mm 
Jarak roda: 1385mm 
Tinggi pelana: 810mm 
Berat: 187kg 
Tangki minyak: 17 liter
Suspensi hadapan: Teleskopik USD

Suspensi belakang: Penyerap hentak tunggal







Tiada ulasan:

Catat Ulasan