Jumaat, 7 Februari 2014

Suzuki Assemblers Malaysia....mengapa sorok semula?

Ini mesej yang diterima dari seorang pembaca blog Gear Jahat:


Tanpa membuang masa, perkara itu diselidik. Info diberi pembaca itu sememangnya tepat. Suzuki Malaysia sudah mempamerkan empat model motosikal kuasa besar untuk pasaran Malaysia. Empat model itu ialah: Suzuki Boulevard C50, GSX1250FA, GSX-R1000 dan Hayabusa. 

Saya memuat turun brosur model-model itu dan kemudiannya menghubungi Suzuki Assemblers Malaysia untuk mendapat gambaran lanjut mengenai rancangan penjualan motosikal kuasa tinggi di Malaysia. Ada beberapa maklumat awal diberikan.

Empat model yang akan diperkenalkan ialah model diimport dari Jepun dan semuanya edisi 2014. Suzuki Malaysia juga berhasrat melancarkannya sekitar akhir bulan ini atau awal bulan Mac.

Baguslah Suzuki Assemblers Malaysia. Ada inisiatif nak keluar dari tempurung kelapa yang dah bersarang dan berhabuk itu. Sudahlah model-model baharu pun jarang diperkenalkan.

Saya pun menghantar beberapa soalan untuk mendapat penjelasan mengenai model-model motosikal kuasa tinggi itu. Niat sekadar ingin bantu syarikat yang agak lesu itu.

Selang beberapa hari kemudian, saya silap rupanya ! Boleh pula Suzuki Malaysia lari balik menyorok dalam tempurung usangnya. Syarikat itu juga mengeluarkan semua model motosikal kuasa tinggi dari laman webnya. Apa sudah jadi?

Saya menghubungi semula Suzuki Malaysia dan mereka mengesahkan menarik balik semua paparan dalam laman web itu. Kata sumber saya, itu dilakukan oleh pihak pemasaran mereka. Mengecewakan. Apahal takut sangat.

Jika mahu sesuatu produk itu sentiasa diingati, produk itu perlu jadi buah mulut orang ramai. Bukannya menyorokkannya. Jika terlalu berhati-hati untuk menerokai peluang yang ada, macam mana mau berjaya.

Cuba pelajari kejadian yang menimpa Apple sewaktu ingin memperkenalkan model iPhone 4S. Kisah telefon pintar itu dijumpai dalam sebuah bar sebelum pelancarannya. Rujuk sahaja laman web ini kalau nak tau kisah dimaksudkan: www.fastcompany.com

Baru-baru ini, seorang kenalan saya memaklumkan bahawa Suzuki Malaysia ada menghantar model-model motosikal kuasa tinggi untuk diuji oleh Jabatan Pengangkutan Jalan. Ujian dilakukan sekitar tahun lalu. Ini gambarnya. 



Suzuki Assemblers Malaysia...masih mahu mendiamkan diri?


Ini bahan yang sempat saya memuat turun sebelum ini.:


















Tiada ulasan:

Catat Ulasan