Jumaat, 6 Disember 2013

Wajah baharu Yamaha 135LC

Untuk kekal segar, Hong Leong Yamaha Motor melakukan proses solekan semula badan kapcai 135LC. Kali ini, Raja Moped itu ada enam pilihan warna baharu untuk dua varian iaitu Super Sports dan Extreme Spirit. 

Tidak ada sebarang usikan dilakukan pada enjin. Masih sama seperti model sebelum ini. Hanya tukar baju sahaja. 

Untuk memudahkan perbezaan antara Super Sports dan Extreme Spirit, ini ringkasannya: 

Super Sports: Klac automatik dan kotak gear empat kelajuan.
Extreme Spirit: Klac tangan dan kotak gear lima kelajuan. 

Masing-masing didatangkan dengan tiga warna pilihan dan pelekat grafik berbeza. Super Sports dibekalkan baju warna merah, putih dan biru hitam. Extreme Spirit pula disarung warna hitam, kelabu dan perak biru.

Harga yang ditetapkan oleh HLYM untuk Extreme Spirit ialah RM6,988 dan Super Sports dijual pada harga RM6,318 sebuah. Itu harga asas. Belum kira caj pendaftaran, cukai jalan dan insurans.

Warna Super Sports:




Warna Extreme Spirit:




Tiada ulasan:

Catat Ulasan