Khamis, 6 November 2014

Minyak enjin Shell Advance Ultra dengan teknologi PurePlus


Shell Malaysia akan menjual produk minyak enjin Shell Advance Ultra yang menggunakan teknologi Shell PurePlus.

Bagi anda yang tidak tahu, teknologi PurePlus ialah satu kaedah mengekstrak minyak asas yang berkualiti tinggi daripada sumber gas asli.

Minyak yang terkumpul itu kemudiannya dicampur bersama aditif Shell dan terjadinya minyak enjin premium motosikal Shell Advance Ultra.

Shell Malaysia sebenarnya ada membenarkan 13 penunggang motosikal berkuasa tinggi untuk mencuba produk bendalir Shell Advance Ultra dengan teknologi PurePlus.

Mereka menunggang dengan pelbagai jenis motosikal. Jarak tunggangan ialah sejauh 800 kilometer di seluruh negara.

Hasil eksperimen yang Shell dapat ialah 77 peratus daripada kumpulan penunggang itu berkata motosikal mereka lebih lancar dan dapat rasa kuasa yang lebih baik.

Sebelum terlupa, semua penunggang itu menggunakan minyak petrol Shell V-Power 97 (RON97). Tak silap saya, minyak itu juga ditaja Shell Malaysia.


Rangkaian minyak enjin baru akan masuk pasaran pada tahun hadapan. Ada dua pilihan kadar kelikatan iaitu 10W-40 dan 15W-50. Buat masa ini, tiada maklumat mengenai harga minyak enjin itu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan