Jumaat, 7 November 2014

Koleksi topi keledar GIVI 2014

Givi Asia sudah umumkan rangkaian topi keledar baharu untuk pasaran Malaysia. Pengumuman dibuat sewaktu meraikan ulang tahun ke-20 di Kuala Lumpur.

Ada tiga siri topi keledar diperkenalkan iaitu Terra, Vento dan Cielo. Setiap nama rangkaian itu ada maksudnya iaitu :

Terra  :  Land (tanah)
Vento :  Wind (angin)
Cielo  :  Sky (langit)


Terra ialah rangkaian topi keledar jenis flip-up. Koleksi ini disifatkan sebagai antara topi keledar terbaik untuk kualiti dengan wang yang anda belanjakan. 

Givi menyifatkan ia sebagai helmet terbaik dalam kategorinya.

Model   : MX1 Terra
Warna  : Hitam dan kelabu
Saiz      : S (56cm), M (58cm), L (60cm) dan XL (61cm)
Harga   : RM499 seunit








 
Vento ialah koleksi full face. Ia sebenarnya boleh dikatakan sebagai topi keledar generasi kedua selepas model M50.0 Solid White Malaysia Boleh. Banyak juga penambahbaikan dibuat kali ini.

Model    : M50.1 Vento
Warna   : Putih, hitam, kelabu dan hijau
Saiz       : S (56cm), M (58cm), L (60cm) dan XL (62cm)
Harga    : RM250 seunit













 Cielo pula ialah jenis Jet. Lebih tepat, helmet open face. Kategori helmet yang banyak digunakan oleh penunggang motosikal.

Model    : M30.1 Cielo
Warna    : Putih, hitam, kelabu dan hijau
Saiz        : S (56cm), M (58cm), L (60cm) dan XL (61cm)
Harga     : RM150 hingga RM165 seunit











Tiada ulasan:

Catat Ulasan