Khamis, 11 September 2014

Vespa Primavera dilancarkan dengan empat warna pilihan


Naza Premira membawa masuk sebuah model ikon klasik Vespa iaitu Primavera bagi memantapkan barisan skuter jenama Itali di Malaysia.

Bagi anda yang tidak tahu, Naza Premira ialah pengimport dan pengedar rasmi jenama Vespa di Malaysia.

Vespa Primavera pada asalnya diperkenalkan kepada dunia pada zaman pasca perang Itali iaitu pada tahun 1968.

Malah inilah skuter yang didakwa sebagai ejen yang memacu perubahan mobiliti agar tampil lebih bergaya. Yeke?


Ada yang mengatakan inilah model yang diminati dalam sejarah Vespa.

Bagi generasi baharu Primavera, imejnya lebih sporty. Jurusolek Vespa menyulam garis badan yang mengamit memori Vespa 946 dan menepati cita rasa orang muda.

Vespa Primavera mendapat kuasa daripada unit enjin silinder tunggal tiga injap dengan bantuan sistem pancitan bahan api.

Model itu dilengkapi lampu DRL LED dan sistem suspensi yang dinaik taraf.

Ada empat pilihan warna iaitu merah, putih, hitam dan biru.

Harga jualan asas model Vespa ini ialah RM11,888. Apa macam?

Galeri gambar:





























Tiada ulasan:

Catat Ulasan