Isnin, 21 Julai 2014

Kawasaki perkenalkan model naked terbaharu... Z250 SL

Sebentar tadi, Kawasaki Malaysia menampilkan satu lagi motosikal baharu untuk pasaran tempatan. Model kali ini ialah Z250SL. 

Sebenarnya inilah versi naked Ninja 250SL. Harga model ini ialah RM15,739!!

Enjin digunakan adalah jenis empat lejang silinder tunggal 249cc. Bahan api disuntik terus ke dalam kebuk pembakaran dan haba enjin dikawal dengan adanya sistem penyejukan bendalir. 

Tetapan enjin dilakukan untuk mendapat kuasa ketika pada julat pusingan rendah dan sederhana tinggi. Sama seperti Ninja 250SL, versi naked ini juga mempersembahkan konsep rekaan sama iaitu kompak.

Model Z250SL lebih ringan 3 kilogram berbanding sports bike Ninja 250SL. Jika dibandingkan dengan Z250 (dwisilinder), beza beratnya ialah 20 kilogram.

Model itu dikatakan sesuai bagi mereka yang berusia antara 18 hingga 30 tahun. Sesuai juga untuk mereka yang nak naik taraf skuter atau kapcai sedia ada. Kegunaan laluan utama sudah pastinya dalam kawasan bandar.

Kawasaki Malaysia berhajat jual sebanyak 1,500 unit model naked ini sehingga Disember nanti. Pilihan warna disediakan ialah Hitam dan Oren.


Spesifikasi:

Enjin: Empat lejang silinder tunggal, sistem sejukan cecair
Isipadu: 249cc
Gerek x lejang: 72mm x 61.2mm
Nisbah mampatan: 11.3 : 1
Transmisi: Enam kelajuan
Kuasa maksimum: 28PS @ 9,700rpm
Tork maksimum: 22.6Nm @ 8,200rpm
Suspensi hadapan: Fork teleskopik 37mm
Suspensi belakang: Monoshock boleh laras 5 tahap dengan sambungan pro-link
Brek hadapan: Cakera tunggal 290mm dengan angkup dwiomboh
Brek belakang: Cakera tunggal 220mm dengan angkup dwiomboh
Panjang: 1,935mm
Lebar: 700mm
Tinggi: 1,015mm
Saiz tangki: 11 liter
Berat: 148kg

Galeri gambar:









1 ulasan:

  1. Kalau minyak fulltank , Motor ini boleh pergi berapa jauh ?

    BalasPadam