Rabu, 22 Januari 2014

Koleksi Mitsubishi Ralliart 2014

Khas untuk peminat barangan gaya hidup Ralliart, ada berita baik untuk anda. Mitsubishi kini memperkenalkan koleksi terbaharu barangan Ralliart 2014. Anda boleh dapatkan koleksi itu daripada sembilan buah butik Ralliart di seluruh negara.

Ikutkan rekod, tahun ini memasuki tahun kedua Mitsubishi Motors tawar koleksi Ralliart kepada peminat tempatan.

Koleksi edaran Mitsubishi Motors itu merangkumi pakaian untuk kanak-kanak, pisau, bekas simpanan kad, beg dan barangan kulit. Harga barangan bermula serendah RM45 hingga RM240.

Jika anda pemilik kenderaan Mitsubishi, diskaun sebanyak 5 peratus akan diberikan untuk pembelian mana-mana koleksi Ralliart. Apa yang perlu dilakukan ialah tunjukkan sahaja kunci kereta Mitsubishi dan diskaun itu milik anda.

Koleksi Ralliart 2014 boleh didapati menerusi 9 pengedar rasmi Mitsubishi Motors iaitu :

* Target Orion Star (Balakong,  Selangor)
* JM Auto Gallery (AlorSetar, Kedah)
* MMC  Prestasi (Pasir Gudang, Johor)
* Sendang Motor (Temerloh,  Pahang)
* Ingress Motor Centre (Bukit Puchong, Selangor)
* Wegro (Jalan Cheras, Kuala Lumpur)
* JM Auto Gallery  (Georgetown, Pulau Pinang)
* Jimisar Autotrade (Ku ching, Sarawak)
* TBNC (Kota Kinabalu, Sabah)

Senarai harga barangan boleh didapati menerusi laman web: www.mitsubishi-motors.com.my


Galeri gambar:








Tiada ulasan:

Catat Ulasan