Sabtu, 11 Januari 2014

Honda NSS300 sudah tiba



Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (Boon Siew Honda) menyambut tahun 2014 dengan tawaran satu lagi model skuter baharu. Apa lagi jika bukannya NSS300. 

Nampak gaya, Boon Siew Honda tetap meneruskan momentum yang mula dilakukan sejak akhir 2012 iaitu mempelbagaikan produk dalam segmen motosikal berbeza di Malaysia.

Langkah Boon Siew Honda memang tepat. Skuter itu menjadi pilihan untuk mereka yang ingin beralih dari skuter saiz kecil. Sesuai juga untuk mereka yang sedang mencari jentera automatik untuk tunggangan lebih santai tetapi berkuasa.

Dominasi skuter jenama Korea Selatan kini ada persaing baru. Tahniah Boon Siew Honda. Rasanya Kawasaki Malaysia ada rancang bawa masuk J300? Setakat ini, J300 ditawarkan di Eropah sahaja.

NSS300 didatangkan dengan enjin empat  lejang SOHC berkapasiti 279cc dengan sistem sejukan  cecair. Enjin itu boleh perah kuasa output sebanyak 19kW pada 7,500rpm. Tork pula setinggi 26Nm pada 5,000rpm.

Dengan adanya sistem klac Honda dan transmisi V-Matic, model ini dikatakan mampu bekalkan hantaran kuasa berprestasi ke roda belakang. Lebih tepat, kadar pecutan yang sesuia untuk kawasan bandar.

Sama macam Honda PCX 150, NSS300 juga ada sistem penyampaian bahan api sama iaitu PGM-FI (Programmed-Fuel Injection). Objektifnya untuk penggunaan bahan api secara efisyen. 

Boon Siew Honda dakwa satu tangki minyak petrol boleh capai jarak tunggangan sejauh 354 kilometer (km). Secara purata, satu liter sama dengan jarak 30.8km. Saiz tangki petrol ialah 11.6  liter.

Untuk pastikan skuter itu tawar pengendalian terbaik, kerangka NSS dicipta menggunakan sistem Kejuruteraan Panduan Komputer (CAE). Casis model itu diperbuat daripada besi sebenarnya.

Anda boleh simpan topi keledar dan barangan di bawah tempat duduknya. Ada satu suiz untuk membuka, menutup dan mengunci ruang simpanan NSS300. Luas ruang simpanan boleh letak dua buah topi keledar full face. 


Harga jualan:
Honda NSS300 standard : RM26,768 
Honda NSS300 ABS        : RM28,288 

Tempoh jaminan:  2 tahun atau jarak perbatuan 20,000km (mana-mana tiba dulu). 

Galeri gambar:





























Tiada ulasan:

Catat Ulasan