Isnin, 6 Januari 2014

Kawasaki Athlete 125


Di pasaran Greece, Kawasaki mengetengahkan satu produk baharu dalam kategori kapcai yang didakwa mengandungi kombinasi kualiti binaan pengeluar jenama Jepun itu. Model itu ialah Kawasaki Athlete 125.

Athlete 125 ada beberapa inovasi seperti hendal jenis clip-on, fork teleskopik, sistem penyerap hentak tunggal unitrack jenis mendatar dan sepasang brek cakera pada kedua-dua roda. Tangki minyak pula ditempatkan di hadapan tempat duduk.



Sebab tangki minyak itu diposisi di hadapan kerana Kawasaki mahu meluaskan ruang simpanan di bawah pelana. Tambahan lain ialah penggunaan sistem penapis kembar bendalir DFLS (Double Filter Lubrication System). Tujuannya ialah menjamin tapisan minyak yang lebih baik dan memanjang jangka hayat enjin.


Spesifikasi:

Enjin: Empat lejang silinder tunggal dengan sistem sejukan udara
Kapasiti: 125cc
Karburator: Keihin PB18
Gerek dan lejang: 56 x 50.6mm 
Tork maximum: 8.6 Nm @ 6.000rpm 
Kapasiti tangki: 5.2 liter
Transmisi: empat kelajuan 4 
Panjang: 1920mm 
Lebar: 650mm 
Tinggi: 970mm 
Berat: 104kg 

Galeri gambar:









Tiada ulasan:

Catat Ulasan