Ahad, 15 Disember 2013

Ducati Pulau Pinang - Premis ketiga setakat ini

Ducati Malaysia membuka sebuah pusat pameran dan servis baharu di Pulau Pinang. Ini pusat Ducati ketiga selepas di Petaling Jaya dan Welly Sungai Buloh di Selangor.

Mengapa Pulau Pinang? Sebabnya Pulau Mutiara itu adalah pasaran motosikal kedua terbesar di Malaysia selepas Lembah Klang. Pendek kata, 11 peratus jualan keseluruhan motosikal besar datang dari sana.

Ducati Pulau Pinang merangkumi kedau empat tingkat yang menelan kos pelaburan RM1.5 juta. Dengan keluasan 10,000 kaki persegi, premis itu lengkap dengan bilik pameran serta rangkaian motosikal Ducati terbaharu seperti Monster, Diavel, Hypermotard, Hyperstrada, Multistrada, 899 Panigale dan 1199 Panigale.

Untuk memberi ketenangan pada pemilik motosikal kuasa besar itu, Ducati Pulau Pinang ada tawarkan khidmat baik pulih. Ada enam ruangan kerja untuk mekanik menyelenggarakan motosikal pada satu-satu masa.

Alamat Ducati Pulau Pinang ialah No 26, Jalan Datuk Keramat, 10500 George Town, Pulau Pinang.

Waktu operasi:
Bilik Pameran:
10am - 8pm (Isnin hingga Sabtu)
11am - 6pm (Ahad)
Tel: 04-2275932 / 2265932

Pusat servis:
10am - 6pm (Isnin hingga Jumaat) 
10am - 1pm (Sabtu)

Tel: 04-2275932 / 2265932

Tiada ulasan:

Catat Ulasan