Isnin, 21 Oktober 2013

KTM 390 Duke tiba ke Malaysia



Tepat pukul 1.30 petang di Jitra, saya bersama insan-insan berjiwa motor berkumpul di KTM Motonation untuk menyaksikan pelancaran KTM 390 Duke.

Bukan sebarang motosikal naked, ini produk yang dikatakan memberi anda kuasa secukupnya, pikap memuaskan, ringan dan tidak mengeringkan duit dalam akaun bank. Betul ke? Bolehlah...

Memandangkan motor ini berkapasiti 375cc, secara automatik sesiapa mahu menunggang kuda oren ini perlu lesen B Full. Itu pun kalau tak serempak dengan abang JPJ dan kawan-kawan dari PDRM.

Seperti entri sebelum ini, 390 Duke ini guna kerangka sama macam adiknya 200 Duke. Bezanya ialah seketul enjin baru. Enjin itu diimport dari Austria dan bukan India mari. Jangan lupa, syarikat Bajaj di India pun ada keluar enjin 390.



Satu benda saya boleh puji KTM Motonation ialah mereka ambik berat soal keselamatan para penunggang motosikal. Motor 390 Duke ada sistem ABS. Tahniah sebab tak kedekut macam syarikat lain yang keluar motor besar tapi tak kasi ABS.

Sedikit info pasal industri motosikal untuk manfaat bersama. Tahun lalu, untuk enjin kelas 200cc ke 900cc, ada 80 model motor masuk pasaran Malaysia. Jika tertanya berapa syarikat yang hasil 80 model itu, jawapannya 19 syarikat motor.

80 model itu termasuk motor yang dipasang di Malaysia, motor yang diimport dari negara luar dan juga mereka yang bukan pengedar rasmi tapi bawa juga masuk motosikal dari negara asing.



Orang kuat KTM Motonation, Muhammad Zamry Abu Semah cakap harga 390 Duke ialah RM26,500! Itu harga kosong.

Kalau atas jalan dengan insurans Komprehensif All Rider, harga betul ialah RM27,935.10. Murah? Realistik. Tapi untuk layak dapat harga ini, kena beli secara tunai.

Tak silap saya, KTM Motonation nak jual purata 250 buah 390 Duke tahun ini. Tahun depan, target jualan yang diinginkan ialah 5,000 unit.

Sebelum saya lupa, Zamry itu Pengurus Besar Eurotech Wheel Distribution. Apa syarikat itu buat? Itulah pemasang motor KTM di Malaysia.

Spesifikasi 390 Duke:
Enjin: silinder tunggal, empat lejang
Kapasiti: 375cc
Gerek & lejang: 89mm x 60mm
Kuasa maksimum: 44hp @ 9,500rpm
Tork maksimum: 35NM @ 7,250rpm

Galeri gambar:































Tiada ulasan:

Catat Ulasan