Jumaat, 27 September 2013

Kawasaki Z250 - kembar tak iras Ninja 250R



Kawasaki Malaysia akhirnya melancarkan model Z250. Inilah satu-satunya model yang bakal mencetuskan fenomena baharu selepas Z800.

Ketibaan Z250 sebenarnya melengkapkan portfolio segmen 250cc Kawasaki Malaysia. Untuk offroad, ada KLX250. Motard diwakili D-Tracker X. Produk sport pula sudah pastinya Ninja 250R.

Tergolong dalam kategori 250cc, model naked ini meraih perhatian penggemar motosikal kerana rupa parasnya. Rekaannya mengambil inspirasi daripada Z800 dan Z1000.

Bagi saya secara peribadi, DNA model Ninja 250R turut disuntik pada Z250 ini. Nanti anda akan ketahui mengapa saya kata demikian.

Masa hadirkan diri di majlis pelancaran Z250 di Litar Speedway Elite, taklimat produk mula dibentangkan oleh Jurulatih Pusat Latihan Kawasaki Malaysia, Tuan Zulhilmi.

Sesuai dengan imej Street Fighter, Z250 memaparkan susuk tubuh mantap yang tampak agresif. Lampu hadapan sebenarnya memberitahu anda ini keluarga Z.

Bila saya perhatikan Z250 secara dekat, baru disedari ekor belakang sama macam Ninja 250R. Ekzos pun sama. Tempat duduk pun sama. Bentuk tangki petrol pun sama. Enjin Z250R ini diambil bulat-bulat dari Ninja 250R. 

Tak rugi jika pakai barang Ninja 250R. Sebab apa? Pertama, jimat kos untuk pengeluar motosikal. Kedua, secara peribadi reka bentuk Ninja 250R sudah cukup menawan.

Apa beza antara Z250 dan Ninja 250R? Jawapannya terletak pada beberapa bahagian. Banyaknya pada belah hadapan sahaja.

Lampu hadapan Z250 mewarisi rekaan Z800. Dalam perumah lampu itu ada dua mentol. Mentol kiri untuk low beam. Kanan untuk highbeam.


Ketika anda tunggang motor ini, lampu mentol belah kiri sahaja akan menyala. Sama macam Ninja250R. Bezanya ialah lampu hadapan Ninja 250R diasingkan. Itu sahaja.

Hendal Z250 membuatkan anda rasa relaks. Ia dipasang untuk menyokong badan ke arah posisi lebih tegap. Maka dengan itu, hendalnya sedikit panjang dan agak mendatar.

Profail hendal Ninja 250R adalah tunggangan sport. Jadi, ia membuatkan anda membongkok. Hendal lebih ke arah si penunggang sebenarnya.

Objektif hendal ini agak penting sebab Z250 lebih sesuai untuk diguna dalam bandar. Untuk itu, reka bentuk hendal perlu membantu menjayakan konsep dinamik.

Perbezaan kedua, cermin pandang sisi. Z250 punya cermin pandang sisi lebih tinggi daripada Ninja 250R. Rekaan juga berbeza.


Ketiga ialah meter. Reka bentuk semuanya sama. Bezanya hanya corak meter RPM dan pencahayaan lampu latar belakang sahaja.

Lucut fairing tepi, ada perubahan bentuk pada tangki simpanan radiator. Tangki Z250 ditempatkan bersebelahan blok enjin sebelah kanan. Ninja punya tangki pula bersebelahan radiator dan fork hadapan.

Fork hadapan Z250 sedikit ke dalam berbanding Ninja 250R. Ini membuatkan Z250 lebih rendah dan penunggang dapat kawalan lebih aktif serta pengendalian lebih mudah.

Untuk Ninja 250R, posisi fork hadapan beri kelebihannya agar stabil pada tungaangan kelajuan tinggi.

Sesi di litar Elite, saya dapati Z250 memang mudah dikendali. Tuil klac agak lembut. Menukar gear menjadi mudah. 

Adakala terasa seperti motor ini melompat-lompat ke hadapan bila memasukkan gear dan melepaskan klac. Pikapnya agak menyeronokan.

Harga asas ialah RM21,589. Lebih murah RM1,000 banding Ninja 250R. Warna yang ada putih, hitam dan merah. Cuma warna merah akan masuk pasaran lambat sedikit.

Koleksi gambar:
























Tiada ulasan:

Catat Ulasan