Jumaat, 19 April 2013

Suzuki Smash V115 - Wajah baharu

 SUZUKI Assemblers baru-baru ini menyolek badan model Smash V115. Model itu ada tiga pilihan warna. Tidak lupa juga pelekat grafik pada tubuh badan moped bersesaran 113cc.

Tenaga Smash V115 datangnya daripada enjin empat lejang SOHC. Enjin itu menawarkan penggunaan bahan api optimum dan lebih efisien. Kuasa enjin boleh dirasai pada pusingan enjin rendah (rpm) hingga rpm tinggi.

Ada tiga varian untuk pilihan anda.

Versi V115: 
Didatangkan bersama rim jenis spoke, brek cakera hadapan dan penendang kaki. 
Harga:RM4,378.42 

Versi V115 SD,:
Dilengkapi rim jenis spoke, brek cakera hadapan dan penghidup enjin elektrik. 
Harga: RM4,627

Versi V115 SCD:
Dilengkapi sport rim aloi, brek cakera hadapan dan penghidup enjin elektrik.
Harga: RM4,877

Harga diatas adalah harga jualan asas tidak termasuk cukai jalan, insurans, cukai jalan dan  caj-caj tambahan.

Mahu maklumat lanjut, hubungi sahaja Suzuki Assemblers di 04-397 7453.







2 ulasan:

  1. Kat mana dealer suzuki area bngi. Display pun xda

    BalasPadam
  2. Salam saudara Razlan, menerusi semakan saya, tidak ada dealer di Bangi.

    Cuma dealer terdekat dengan kawasan tu ada di Kajang. Alamatnya ada di bawah ini:

    SOON HENG BIKERS SDN BHD
    NO 103, BATU 9, KAMPUNG BARU, JALAN CHERAS, 43200 KAJANG, SELANGOR DARUL EHSAN

    Tel:03-90758464
    Tel:03-90758464
    Fax:03-90769464

    BalasPadam