Jumaat, 8 Februari 2013

Toyota GT86 TRD



Sejak diperkenalkan tahun lalu, Toyota GT86 berjaya memberi nafas baharu terhadap reputasi Toyota dalam aspek pengeluaran kenderaan khususnya dari segi kepuasan pemanduan.

Kini, pengeluar kenderaan jenama Jepun itu memperkenalkan GT86 TRD. Hanya 250 unit sahaja ditawarkan di United Kingdom mulai 1 Mac ini.

GT86 TRD yang mencetuskan gelombang dalam rangkaian kenderaan 2+2 kini ditawarkan dalam dua jenis transmisi iaitu automatik dan manual. Hanya dua pilihan warna diberikan iaitu putih dan hitam.

Pakej TRD yang disulam pada model itu membabitkan rim aloi 18 inci, skirt hadapan dan sisi, spoiler belakang, empat lubang ekzos (quad) dan peresap belakang bagi meningkatkan kestabilan jentera.

Penutup radiator dan penutup tempat mengisi minyak juga berjenama TRD. Bahagian dalam kereta hanya membabitkan penggenaan tombol gear TRD sahaja. Fokus kali in berpaksikan kepada gaya sport. 

Tiada pembaharuan pada hamburan kuasa dan tork jentera atau karakter pengendalian. Hanya semata-mata solekan kosmetik. Minimum bukan? Berbaloi?

Seperti sedia ada pada model GT86, varian ini juga ada lampu HID, lampu kabus, LSD, kemasukan dan kekunci pintar, pendingin hawa dua zon, butang analog, pedal aluminium, tempat duduk sport, kawal jelajah dan sistem multimedia Toyota.

Manual
Pecutan 0-100km: 7.7 saat. 
Kelajuan maksimum: 140mph (manual)
Kadar pengunaan minyak: 1 liter : 14.84 km
Kadar emisi karbon: 192g/km 
Harga atas jalan: £31,495 (RM154,306.35)

Automatik
Pecutan 0-100km: 8.4 saat. 
Kelajuan maksimum: 130mph (manual)
Kadar pengunaan minyak: 1 liter : 15.39 km
Kadar emisi karbon: 181g/km 
Harga atas jalan: £32,995 (RM161,678.17)






Tiada ulasan:

Catat Ulasan