Jumaat, 8 Februari 2013

Pusat Harley-Davidson Pramilik kini dibuka

Jika anda sedang mencari sebuah motosikal Harley-Davidson terpakai, apa kata anda luangkan masa untuk mengunjungi Naza Autoworld di Petaling Jaya.

Di situ ada sebuah pusat jualan Harley-Davidson pramilik (terpakai) yang menawarkan beberapa model motosikal lagenda Amerika Syarikat pada harga yang boleh dikategorikan sebagai mampu milik.

Mengapa saya mengesyorkan ke sana berbanding tempat lain? Mudah sahaja. Semua model yang dijual di situ sudah diselenggara oleh jurutera-jurutera terlatih Harley-Davidson. 


Maaf kata ya, tempat lain belum tentu ada juruteknik yang mendapat latihan daripada Harley-Davidson. Itu kelebihan Naza Prestige Bikes Sdn. Bhd. (Naza Prestige) selaku pengedar rasmi motosikal Harley-Davidson di Malaysia. 

Antara model dijual ialah Sportster 48, Sportster XR, Dyna Wide Glide, Softail Fatboy, VROD 105th Anniversary Edition, VROD Nightrod dan CVO Ultra Classic. 

Jika model yang dibeli itu masih ada baki tempoh jaminan asal, anda akan menerimanya. Sejak mula beroperasi pada Disember lalu, sudah ada 30 unit motosikal itu dijual kepada orang ramai.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan