Isnin, 15 Oktober 2012

Modenas Dinamik - Pengembalian semula?



Satu keping gambar Modenas Dinamik (produk yang pernah dihasilkan suatu ketika dahulu) kini mula tersebar dalam laman Facebook. Saya tidak menolak kemungkinan Modenas sedang menyiapkan diri untuk memperkenalkan semula jentera dua lejang ini....tidak lama lagi.

Agak mengejutkan jika model ini masih dikekalkan enjin dua lejangnya kerana rata-rata pengeluar motosikal sekarang beralih kepada empat lejang disebabkan isu berkait alam sekitar dan trend semasa. Kepada para peminat yang tidak sempat mendapatkan model ini, mungkin impian anda bakal menjadi nyata.

Melihat pada gambar diatas, jelas tertera enam kelajuan, klac tangan, brek cakera pada kedua-dua roda dan bentuk ekzos yang menguatkan kepercayaan inilah jentera 2 stroke. Harga jualan runcit dikatakan ialah RM5,749!

Itu harga dikatakan buat masa ini. Untuk kepastian, kena tunggu kenyataan rasmi sewaktu pelancarannya. Sabar menanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan