Rabu, 10 Oktober 2012

BHPetrol - Petrol dengan aditif baharu


Tarikh 16 Oktober ini, Boustead Petroleum Marketing Sdn. Bhd. (BHPetrol) akan menawarkan minyak petrol Infiniti Advanced2X 95 (RON95) dan Infiniti Advanced2X 97 (RON97) dengan pakej aditif baharu.
Sepanjang pengetahuan saya, BHPetrol terkenal sebab menggunakan dos tertinggi iaitu 800ppm (dua kali ganda dos yang disyorkan) dalam produk bahan apinya. 
Aditif (bahan tambahan) terbaharu ini dikatakan membolehkan tambahan prestasi enjin dan jarak perjalanan lebih jauh.
Inilah rahsia aditif BHPetrol bekerja:
Agen pembersih mendakan baharu akan mencuci sisa yang terhasil daripada pembakaran petrol dalam kebuk pembakaran (blok), injap dan pemancit bahan api.
Secara logik, enjin yang bersih membantu kelancaran kenderaan, lebih efisien, lebih pantas, lebih responsif dan lebih pengendalian.
Ada ejen lain dalam aditif BHPetrol yang bantu mengurangkan geseran antara piston ring dan blok dan membantu mengawal kehilangan kuasa enjin.
Soal efisien ditingkatkan apabila tiada lagi bahan api yang tidak habis dibakar sepenuhnya terlepas melalui ekzos.
Saya difahamkan inilah petrol komersial pertama di dunia yang mengandungi aditif bahan api berprestasi daripada syarikat pengeluar bahan kimia dari Jerman. Nama syarikat Jerman tidak diberikan kepada saya. Jadi, kalau ingin tahun prestasinya, kena cuba dahulu.
Saya pun masih belum sempat menguji sejauh mana hebatnya minyak petrol baharu ini. Jika yang sedia ada, penarafan saya selama menggunakannya – agak baik dan boleh dikatakan menjimatkan.
Sedikit sejarah mengenai bahan api BHPetrol. Pada 2008, BHPetrol melancarkan Infiniti iaitu bahan api dengan prestasi berganda.
Dua tahun kemudiannya, syarikat itu memperkenalkan Infiniti Advanced2X.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan