Selasa, 19 Jun 2012

MX World Kawasaki - Semuanya di bawah satu bumbung


Bagi peminat scrambler atau motosikal dwikegunaan, pastinya anda ada sedikit kesukaran menemui satu lokasi yang memberi fokus dan menyediakan pakej lengkap untuk motosikal anda.

Bukan mengatakan bahawa tiada bengkel yang pakar diluar sana, tetapi jarang-jarang ditemui kedai motosikal offroad dan dwikegunaan yang lengkap.

Lengkap merangkumi alat ganti, aksesori motosikal, pakaian keselamatan tunggangan, khidmat baik pulih, bilik pameran dan jualan motosikal di bawah satu bumbung. Antara model yang dijual ialah siri KX, KLX dan KLX Enduro.

Sebelum terlupa, kursus tunggangan dan keselamatan motocross khas untuk mereka yang mahu mendalami tunggangan offroad. Kursus ini dikenakan bayaran. Tenaga pengajarnya ialah Darcy Steinhardt. Individu dari Australia yang berpengalaman.

Inilah pakej lengkap yang saya dimaksudkan. Semuanya disatukan dalam kedai konsep Kawasaki MX World. Bagaimanapun, kursus itu hanya ditawarkan kepada pembeli motosikal Kawasaki sahaja.

Kawasaki MX World diuruskan pengedar Kawasaki Motors (Malaysia) iaitu CBK Motor Sport Sdn. Bhd. (CBK). Lokasi kedainya ialah di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Ini merupakan kedai konsep pertama di Malaysia untuk motosikal scrambler dan motocross.

CBK sebenarnya adalah nama pemilik dan pengasas syarikat itu, Chew Boon Keam. Beliau lebih mesra dipanggil Ah Loo. Selepas berkecimpungan selama 10 tahun dalam khidmat jualan dan baik pulih motosikal, Ah Loo akhirnya membuka perniagaan ini yang seiring dengan minatnya - apa lagi jika bukan motocross.

Kedai lima tingkat itu sememang unik. Mana tidaknya, bengkel baik pulih motosikal ditempatkan di tingkat 5. Hanya baik pulih besar dilakukan di situ. Pelanggan tidak dibenarkan masuk ke tingkat 5.

Anda boleh menonton aksi baik pulih menerusi kamera litar tertutup (CCTV). Untuk baik pulih kecil-kecilan, kakitangan CBK akan melakukannya di tingkat bawah.

Sejurus lepas majlis pelancaran yang dihadiri pengamal media dan bloggers, satu demonstrasi jentera motard diadakan.

Alamat         : CBK Motor Sport Sdn. Bhd.
          373, Batu 2.5
          Jalan Ipoh
          51100 Kuala Lumpur
No. Tel : 03-4042 8555
No. Fax : 03-4042 2985
E-mail : cbkmotor@gmail.com
Laman web : www.cbkmotorsport.com




















Tiada ulasan:

Catat Ulasan