Khamis, 13 November 2014
Suzuki Smash Fi di Malaysia
Semalam Suzuki Assemblers ada melancarkan model motosikal baharu bersama para pengedarnya di Genting.
Model itu ialah Suzuki Smash FI. Model suntikan bahan api (Fuel Injection). Nampaknya ada dua varian iaitu SR dan R.
SR didatangkan dengan sport rim. Varian R pula menggunakan rim jejari lidi biasa.
Saya menjangkakan harga motosikal itu ialah antara RM4,500 hingga RM5,000.
Di sini saya ada menampal beberapa keping gambar yang diambil daripada laman web Suzuki Assemblers dan Facebook Suzuki Assemblers.
Spesikasi
Enjin : 4 lejang dengan penyejukan udara, SOHC
Gerek X Lejang : 51.0 mm X 55.4 mm
Sesaran : 113 cm3
Penyampaian bahan api :Fuel Injection
Sistem Penghidup : Elektrik dan Tendang
Suspensi hadapan : Fork teleskopik
Suspensi Belakang : Absober kembar
Brek hadapan : Cakera
Brek belakang : Brek gelendong
Tayar depan : 70/90 - 17 M/C 38P
Tayar belakang : 80/90 - 17 M/C 50P
Tangki petrol : 3.7 liter
Panjang keseluruhan : 1,910 mm
Lebar keseluruhan : 690 mm
Tinggi keseluruhan : 1,085 mm
Jarak roda : 1,220 mm
Berat : 95 kg (Smash Fi-R)
: 96 kg (Smash Fi-SR)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan