Jumaat, 12 September 2014

Kawasaki Ninja H2 pernah diuji di Malaysia?


Beberapa bulan lalu, saya mendapat info mengenai ketibaan sebuah model motosikal berkuasa tinggi terbaharu buatan Kawasaki Jepun (KHI) di Malaysia.

Model motosikal itu dibawa masuk ke Malaysia untuk di uji di Litar Antarabangsa Sepang. Ujian itu hanya diketahui oleh individu-individu tertentu.

Sumber saya memberitahu, motosikal Kawasaki yang diuji itu dipasang dengan supercharger.

Ketika itu tiada sebarang nama model atau gambar dapat diberikan kepada saya.

Saya kemudiannya bertemu dengan seorang individu yang ada maklumat mengenainya. Nama individu itu perlu saya rahsiakan.

Dia memberi sedikit maklumat mengenai model itu. Ya, ia ada diuji di Litar Sepang.

Saya bertanya adakah ia jentera 1,400cc, dia kata bukan. Model motosikal itu ialah 1,000cc. Kalau mengikut maklumatnya, saya secara peribadi merasakan model supercharger itu ialah Ninja ZX-10R.

Saya diberitahu model supercharger itu mungkin produk edisi terhad. Mungkin hanya 1,000 unit sahaja dikeluarkan.

Enjin supercharger itu pernah ditayangkan semasa Tokyo Motor Show 2013. Ini gambaran enjinnya:

Gambar kredit: www.asphaltandrubber.com
Untuk Malaysia? Ya, model motosikal itu akan tiba awal tahun depan. Bagaimanapun, unit yang diperuntukkan untuk pasaran tempatan tidak lebih daripada 10 buah.

Harga anggarannya enggan dideahkan individu berkenaan. Apa yang diberitahu, bukan orang sebarangan boleh beli motosikal itu.

Pembeli perlu lalu satu sesi temubual untuk melihat sama ada dia layak memiliki motosikal itu.

Kalau begitu caranya, nampak gaya, kalau banyak duit pun belum boleh beli. Pengalaman mungkin jadi salah satu faktor ukuran utama.

Model supercharged itu kini dikenali sebagai Ninja H2 dan ia akan ditayangkan pada akhir bulan ini di pameran motosikal Intermot di Jerman.



Kawasaki sewaktu entri ini ditulis sudah memberi lima bayangan mengenai motosikal supercharger itu yang dikatakan akan mengubah landskap motosikal global.

Di sini ada beberapa gambar perincian motosikal baharu itu, klik di sini: Kawasaki

Anda boleh dapat maklumat dan mendengar bunyi jentera itu di laman web: www.ninja-h2.com.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan