Beberapa hari lalu, Syarikat Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (Modenas) mengetengahkan dua model kapcai edisi Harimau Malaya. Memang cun rekaan pelekat grafiknya. Sememangnya dua model itu tampak garang.
Ada dua model sudah menyarung baju dua warna bertema Harimau Malaya. Model itu ialah GT128 dan Ace 115. Spesifikasi asal kedua-dua model motosikal itu masih sama seperti yang ada di pasaran.
Jika ditanya mengenai inisiatif ini, saya menyokong sepenuhnya andainya Modenas mahu mempertimbangkan idea untuk menghasilkan model edisi terhad Harimau Malaya pada masa akan datang. Apa kata anda?
Galeri gambar:
Modenas Ace 115
Modenas GT128
Tiada ulasan:
Catat Ulasan