Rabu, 26 Mac 2014

Honda Vultus NM4



Beberapa tahun lalu, Honda ada muncul dengan satu produk gabungan skuter dan motosikal yang dinamakan sebagai DN-01. Sememangnya futuristik tetapi tak mampu tahan lama.

Model itu banyak dilemparkan kutukan sehinggakan DN-01 dikatakan bermaksud Do Not Order 1. Imbasan mengenai model itu timbul apabila saya memandang gambar model konsep terbaru Honda NM4 Vultus.

Memang macam cerita anime bentuknya. Perekanya? Sekumpulan anak muda Jepun berusia 20 hingga 30 tahun. Mereka dikatakan mahu hasil jentera untuk kelompak penunggang baru. Siapa agaknya? Takkan penunggang anime.

Apa maksud Vultus? Jika dalam bahasa Latin, maknanya ialah penampilan, ekspresi atau secara ringkas wajah.

Ada ura-ura mengatakan Honda ada rancangan untuk menghasilkan model konsep ini. Tak pasti bila hendak keluarkannya.

Vultus NM4 muncul di Pameran Motosikal Osaka di Jepun. Ada dua versi ditayangkan iaitu NM4-01 dan NM4-02.


NM4-01 ialah model asas yang berwarna hitam. NM4-02 dengan solekan warna putih dipasang dengan dua kotak simpanan pada bahagian kiri dan kanannya.


Tenaga yang menggerakan jentera ini datangnya dari enjin kembar selari 745cc. Enjin sama macam yang ada pada motosikal naik taraf NC750 untuk pasaran Eropah.

Honda mengatakan enjin membekalkan prestasi kuasa dari pusingan enjin rendah (RPM) hingga [aras sederhana. Tork pula dikatakan menyokong kuasa tarikan untuk pecutan yang lebih lancar.

Jika fahaman saya tepat, model ini ada dua jenis mod transmisi. Kalau D, anda hanya pulas pendikit minyak untuk menggerakan roda. Macam skuter. Lagi satu mod ialah S. Mod gear manual yang diubah dengan menekan butang.

Galeri gambar ada di bawah bersama spesifikasi... dipersilakan...


















 Spesifikasi:

Enjin: Enjin kembar selari dengan sistem sejukan cecair, SOHC
Seseran: 745cc
Gerek x lejang: 77mm x 80mm
Nisbah mampatan: 10.7:1
Sistem bahan api: PGM-FI
Transmisi: Enam kelajuan
Kuasa kemuncak : 54hp @ 6250rpm.
Tork tertinggi: 67.8 Nm @ 4750rpm.
Berat: 245 kg
Fork: 43mm teleskopik
Suspensi belakang: Monoshock
Brek hadapan: Cakera tunggal 320mm dengan angkup dua piston, ABS
Brek belakang: cakera tunggal 240mm dengan angkup piston tunggal
Panjang: 2380mm  
Lebar: 933mm
Tinggi: 1170mm
Ketinggian pelana: 650mm
Tangki minyak: 11.6 liter
Rim depan: 18 x MT3.50
Rim belakang: 17 x MT6.25
Tayar depan: 120/70 ZR 18

Tayar belakang: 200/50 ZR 17

Tiada ulasan:

Catat Ulasan