Jumaat, 28 Februari 2014

Yamaha MT-09 sudah tiba....


Rabu lalu, saya menerima tip bahawa model Yamaha MT-09 sudah ditayangkan kepada para pengedar motosikal kuasa tinggi Hong Leong Yamaha Motor (HLYM).

Apa yang saya faham ialah tayangan model itu dibuat untuk mendapat pandangan para pengedar berhubung beberapa perkara.

Contohnya, harga yang bersesuaian. Model MT-09 akan dipasang di kilang HLYM tidak lama lagi. Jika perancangan itu menjadi, makna harga jualan pastinya masuk akal.

Ada beberapa pengedar memberi bayangan harga sekitar RM46,000 hingga RM56,000. Kiranya HLYM masih belum memuktamadkan sebarang tanda harga setakat ini.

Maklumat dari pengedar juga memberi bayangan model MT-09 boleh didapati selewat-lewatnya akhir tahun ini.

Ketika bertemu dengan salah seorang pengedar, dia sempat berkongsi beberapa maklumat terkini malah sudi meminjamkan brosur model MT-09 untuk paparan blog ini.

Antara input terkini:

*HLYM sedang menanti ketibaan 100 unit model CBU (spesifikasi Eropah) untuk diedarkan kepada 30 orang pengedar motosikal kuasa tinggi di seluruh negara. CBU ialah model yang diimport daripada negara luar seperti Jepun.

*Harga termasuk insurans untuk model 100 unit CBU itu dikatakan sekitar RM58,000 seunit. Kata pengedar itu, ini belum kira cukai jalan.   


Berhubung MT-07, saya difahamkan ia juga akan jadi produk pemasangan tempatan (CKD). Kemungkinan besar akan ditawarkan pada tahun hadapan. Ada yang mengatakan harga mungkin bawah paras RM40,000. 

Info tambahan lain yang ada dikhabarkan ialah tawaran XJ6F. Ini dikatakan model full fairing dan mungkin akan menggantikan model semi fairing XJ6 S. Jika betul, ada kemungkinan ia akan dilancarkan pertengahan tahun ini 

Itulah antara info yang saya sempat kumpul setakat ini  Benar atau tidak, kita lihat sahaja nanti.

Saya juga mempamerkan beberapa keping gambar model MT-09 yang diambil dari laman Facebook 500 Motor. Difahamkan gambar itu dirakam sewaktu perjumpaan HLYM dan para pengedar.

Jangan lupa like Facebook 500 Motor. Banyak paparan menarik ada di situ.

Inilah gambar dari FB 500 Motor:
























Tiada ulasan:

Catat Ulasan