Athlete 125 ada beberapa inovasi seperti hendal jenis clip-on, fork teleskopik, sistem penyerap hentak tunggal unitrack jenis mendatar dan sepasang brek cakera pada kedua-dua roda. Tangki minyak pula ditempatkan di hadapan tempat duduk.
Sebab tangki minyak itu diposisi di hadapan kerana Kawasaki mahu meluaskan ruang simpanan di bawah pelana. Tambahan lain ialah penggunaan sistem penapis kembar bendalir DFLS (Double Filter Lubrication System). Tujuannya ialah menjamin tapisan minyak yang lebih baik dan memanjang jangka hayat enjin.
Spesifikasi:
Enjin: Empat lejang silinder tunggal dengan sistem sejukan udara
Kapasiti: 125cc
Karburator: Keihin PB18
Gerek dan lejang: 56 x 50.6mm
Tork maximum: 8.6 Nm @ 6.000rpm
Kapasiti tangki: 5.2 liter
Transmisi: empat kelajuan 4
Panjang: 1920mm
Lebar: 650mm
Tinggi: 970mm
Berat: 104kg
Galeri gambar:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan