Ducati Malaysia membuka sebuah
pusat pameran dan servis baharu di Pulau Pinang. Ini pusat Ducati ketiga
selepas di Petaling Jaya dan Welly Sungai Buloh di Selangor.
Mengapa Pulau Pinang? Sebabnya Pulau Mutiara itu adalah pasaran motosikal
kedua terbesar di Malaysia selepas Lembah Klang. Pendek kata, 11 peratus jualan
keseluruhan motosikal besar datang dari sana.
Ducati Pulau Pinang merangkumi
kedau empat tingkat yang menelan kos pelaburan RM1.5 juta. Dengan keluasan 10,000
kaki persegi, premis itu lengkap dengan bilik pameran serta rangkaian motosikal
Ducati terbaharu seperti Monster, Diavel, Hypermotard, Hyperstrada,
Multistrada, 899 Panigale dan 1199 Panigale.
Untuk memberi ketenangan pada
pemilik motosikal kuasa besar itu, Ducati Pulau Pinang ada tawarkan khidmat
baik pulih. Ada enam ruangan kerja untuk mekanik menyelenggarakan motosikal
pada satu-satu masa.
Alamat Ducati Pulau Pinang
ialah No 26, Jalan Datuk Keramat, 10500 George Town, Pulau Pinang.
Waktu operasi:
Bilik Pameran:
10am - 8pm (Isnin hingga Sabtu)
11am - 6pm (Ahad)
Tel: 04-2275932 / 2265932
Pusat servis:
10am - 6pm (Isnin hingga Jumaat)
10am - 1pm (Sabtu)
Tel: 04-2275932 / 2265932
Tiada ulasan:
Catat Ulasan